PUTRAJAYA: Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dibenarkan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 dan tambahan Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur dalam rayuan yang dikemukakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan empat yang lain untuk mengembalikan semula cadangan perintah pembangunan projek Taman Rimba Kiara.
Ia berikutan keputusan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Datuk Nallini Pathmanathan dalam memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.
Bagaimanapun, beliau berkata isu mengenai kerelevanan dokumen itu akan ditangani pada pendengaran rayuan itu.
Beliau juga berkata peguam yang mewakili pihak-pihak dalam rayuan itu bebas untuk menyangkal dokumen berkenaan.
Hakim Nallini yang bersidang bersama Hakim Puan Sri Zaleha Yusof dan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, berkata dokumen itu dimasukkan dalam rekod rayuan dan oleh itu penduduk tidak perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi mengemukakan dokumen tersebut sebagai bukti baharu dalam rayuan tersebut.
Sehubungan itu, beliau menolak permohonan kebenaran oleh penduduk untuk memasukkan dokumen berkenaan sebagai bukti baharu dalam rayuan tersebut.
Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili penduduk, mahu Bab 6 LKAN 2019 Siri 2 yang diterbitkan dan dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Sept 2021 dan tambahan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang telah diterima pakai dan digazetkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 30 Okt 2018 untuk dimasukkan dalam rayuan.
Beliau berkata dokumen berkenaan relevan untuk menentukan rayuan, terutamanya berkaitan dengan isu sama ada Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 mempunyai kesan undang-undang.
Pada 1 Sept tahun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd (MPSB), Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan perintah pembangunan projek perumahan Taman Rimba Kiara.
Mahkamah Rayuan pada 27 Jan 2021, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Nov 2018 yang menolak semakan kehakiman oleh penduduk bagi membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan dikeluarkan DBKL.
Penduduk memfailkan semakan kehakiman itu pada 11 Ogos 2017 melalui badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouse, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium, selain Persatuan Penduduk TTDI serta empat penduduk dan pemilik rumah di TTDI.
Mereka menamakan DBKL, Yayasan Wilayah, MPSB dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.
Penduduk memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan DBKL berhubung cadangan pembangunan bercampur termasuk lapan blok pangsapuri servis mewah dan pangsapuri 29 tingkat terdiri daripada 350 unit rumah mampu milik yang akan dibina di atas sebidang tanah yang merupakan sebahagian daripada taman awam yang dikenali sebagai Taman Rimba Kiara.
Peguam B. Thangaraj mewakili DBKL, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Khoo Guat Huat mewakili MPSB manakala Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan dan Datuk Harpal Singh Grewal mewakili Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022
![Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642582597_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Hakim memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima. - Gambar hiasan
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Mahkamah Persekutuan putuskan tiada projek pembangunan di Taman Rimba Kiara Mahkamah Persekutuan putuskan tiada projek pembangunan di Taman Rimba Kiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681291970_IstanaKehakiman.jpg)
Mahkamah Persekutuan putuskan tiada projek pembangunan di Taman Rimba Kiara
Mahkamah Persekutuan menolak perintah pembangunan yang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi cadangan pembangunan projek kediaman di Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
![Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643195127_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam
Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam.
![Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642582597_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara
Hakim memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.
![Pembangunan Taman Rimba Kiara: DBKL dan tiga lagi dibenarkan merayu Pembangunan Taman Rimba Kiara: DBKL dan tiga lagi dibenarkan merayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630505530_TBCourtHammer.jpg)
Pembangunan Taman Rimba Kiara: DBKL dan tiga lagi dibenarkan merayu
DBKL dan tiga lagi memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan perintah pembangunan projek perumahan Taman Rimba Kiara.
![Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617684541_ZaizalnizamZainun.jpg)
Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP
Zaizalnizam berkata, sekiranya benar projek itu akan menjejaskan alam sekitar, mengapa menteri Pakatan Harapan sebelum ini tetap meneruskan projek itu.
![Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607356279_tengkuadnan.jpg)
Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan
C4 puji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.
![Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611748396_TBSELEBRITIDIDAKWA.jpg)
Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.
![Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61595682102_TBAnnuarMusa.jpg)
Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa
Tindakan diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.
![Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558459708_KhalidSamad.jpg)
Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid
Beliau sudah buat yang terbaik untuk menangani isu tersebut dan pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan laporan berkenaan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.
![Wakil rakyat Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet Wakil rakyat Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553428113_TamanRimbaKiara.jpg)
Wakil rakyat Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet
Yeoh berkata ini membolehkan cadangan balas yang dikemukakan oleh beliau bersama penduduk TTDI dan penghuni rumah panjang didengar oleh Kabinet.