PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memberikan kerakyatan Malaysia kepada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 2004 oleh wanita yang tidak dikenali dan kemudian diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warga Malaysia.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim berkata remaja itu berhak mendapat kerakyatan Malaysia berdasarkan kelahirannya dalam Persekutuan Malaysia di bawah Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata memandangkan kanak-kanak itu ditinggalkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di ibu negara, dia dianggap dilahirkan oleh seorang ibu yang merupakan penduduk tetap di sana dan oleh itu kanak-kanak itu dilahirkan dalam Persekutuan Malaysia dan ibunya diandaikan pemastautin tetap dalam Persekutuan.
Mahkamah membenarkan pengisytiharan bahawa remaja itu adalah warganegara Malaysia dan mengarahkan keputusan Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia yang mengeluarkan sijil kelahiran kanak-kanak itu dan mendaftarkannya sebagai bukan warganegara pada 2017 dibatalkan serta mengarahkan pengeluaran semula sijil kelahiran baharu untuk mendaftarkan kanak-kanak itu sebagai warganegara Malaysia.
Hakim Tengku Maimun, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah itu, membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh remaja lelaki itu dan ibu bapa angkatnya, mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepada remaja itu.
Turut bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Remaja itu yang hanya dikenali sebagai CYM untuk melindungi identitinya telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya di HUKM pada 2004 dan pasangan itu kemudiannya mengambilnya sebagai anak angkat.
Apabila budak lelaki itu berusia 12 tahun pada 2016, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan mengeluarkan kad pengenalannya atas alasan terdapat "beberapa perkara tidak tepat" dengan nama budak itu dan nama anak ibu bapa angkatnya.
Ibu bapa angkatnya kemudiannya menyerahkan sijil kelahiran kanak-kanak itu kepada JPN bagi membolehkan sijil baharu dikeluarkan kepada kanak-kanak itu untuk memasukkan fakta mengenai ibu bapa yang betul.
Bagaimanapun, sijil kelahiran kedua kanak-kanak itu merekodkan maklumat ibu bapa kanak-kanak itu sebagai tidak diperoleh dan status kewarganegaraan kanak-kanak itu dinyatakan sebagai "belum ditentukan" yang mendorong ibu bapa angkat kanak-kanak itu memohon semula sijil kelahiran baharu.
Bagaimanapun pada September 2017, Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian mengeluarkan sijil kelahiran tetapi menyatakan kanak-kanak itu sebagai bukan warganegara.
Semasa menyampaikan keputusan mahkamah secara maya, Hakim Tengku Maimun berkata kes ini kini menjadi duluan mengenai bagaimana Kementerian Dalam Negeri dan JPN serta Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian perlu menangani semua kes sedemikian pada masa depan dalam konteks bayi baru lahir yang ditinggalkan.
Beliau berkata ketika berdepan dengan permohonan pendaftaran bayi yang baru dilahirkan itu, beban terletak pada Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian untuk menjalankan siasatan sewajarnya bagi menentukan status ibu bapa atau ibu kandung kanak-kanak itu.
"Jika didapati pengabaian itu benar berlaku, responden (Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian) bertanggungjawab mengikut undang-undang trertinggi negara dalam Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan untuk mengiktiraf kewarganegaraan bayi baru lahir itu mengikut kuat kuasa undang-undang, kecuali jika terdapat bukti sebaliknya," katanya.
Beliau berkata dakwaan responden bahawa ibu bapa angkat remaja itu menyembunyikan fakta yang seterusnya menunjukkan bahawa mereka mengetahui identiti ibu bapa kandung kanak-kanak itu, tidak disokong oleh bukti.
"Memandangkan kanak-kanak itu dilahirkan di hospital berkenaan, pastinya responden (Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian) mempunyai cara untuk mengesahkan daripada rekod kemasukan hospital, identiti ibu kandung kanak-kanak itu, jika bukan bapanya," katanya dan menambah bahawa responden tidak dapat meringankan beban undang-undang mereka berhubung dengan kediaman ibu kanak-kanak itu.
Hakim Tengku Maimun berkata Kementerian Dalam Negeri di mana Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian adalah sebahagiannya, mempunyai semua jentera penting untuk menjalankan siasatan sewajarnya bagi memastikan kebenaran.
"Dalam keadaan ini, daripada menafikan kewarganegaraan kanak-kanak itu kerana mereka tidak dapat mengumpul sebarang bukti kelahiran kanak-kanak itu dan ibu bapa kandungnya, responden sepatutnya telah menguatkuasakan Seksyen 1 (a) Bahagian II yang dibaca bersama Seksyen 19B Bahagian III (Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
"Mereka tidak mempunyai hak atau budi bicara untuk melakukan apa-apa lagi, lebih-lebih lagi menyebabkan kanak-kanak itu tidak berkewarganegaraan," katanya sambil menambah bahawa perkataan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang tidak boleh menjadi lebih jelas, dan tidak ada ruang untuk budi bicara.
Beliau berkata bahawa kewarganegaraan melalui pelaksanaan undang-undang adalah satu hak -- hak asasi dan perlembagaan, sambil menambah bahawa ia sama sekali tidak memberi ruang untuk melaksanakan tanggapan subjektif atau andaian tentang apa itu kewarganegaraan.
Sepasukan peguam yang diketuai Datuk Cyrus Das mewakili remaja itu dan ibu bapanya manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, Mazlifah Ayob dan Liew Horng Bing mewakili Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021

Mahkamah Persekutuan membenarkan pengisytiharan bahawa remaja lelaki berusia 17 tahun itu adalah warganegara Malaysia. - Gambar hiasan

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

PRU15: BN sedia beri kerakyatan kepada anak lahir di luar negara - Zahid Hamidi
Hak anak-anak dari perkahwinan campur atau yang berbeza identiti bangsa dan agama tidak boleh dinafikan.

Mahkamah Persekutuan isytihar remaja tidak bernegara sebagai warga Malaysia
Mahkamah Persekutuan hari ini memberikan kerakyatan Malaysia kepada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 2004 oleh wanita yang tidak dikenali.

Mahkamah tolak permohonan kerajaan gantung keputusan isu kerakyatan anak lahir di luar negara
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara.