Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh meneruskan rayuannya terhadap keputusan mahkamah rayuan yang menyebelahi tiga pengundi Hulu Selangor berhubung perubahan sempadan kawasan pilihan raya Kuala Kubu Bahru (KKB) dan Batang Kali.
Ini berikutan kebenaran diberikan oleh panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan kepada SPR dan Ketua Penolong Setiausahanya.
Pada 3 Julai tahun ini, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada tiga pengundi itu - P.Maradeveran, Zahar Rusuli dan Yong Chan Hee -- memulakan cabaran perundangan menerusi semakan kehakiman terhadap keputusan SPR mengubah sempadan kedua-dua kawasan pilihan raya itu.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop yang mempengerusikan panel disertai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Azahar Mohamed, berpendapat wujud persoalan undang-undang yang memerlukan hujah seterusnya.
Hakim Ahmad memberi kebenaran kepada SPR untuk merayu terhadap permohonan berhubung persoalan undang-undang yang mana Mahkamah Persekutuan akan menetapkan hari lain untuk mendengar rayuan itu.
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan tentang isu termasuk sama ada pengundi boleh mencabar di mahkamah mengenai daftar pengundi yang telah diwartakan.
Mahkamah itu juga akan menentukan sama ada permohonan pengundi itu mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman telah difailkan dalam tempoh ditetapkan.
Pada 25 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pengundi atas alasan semakan kehakiman mereka difailkan di luar tempoh ditetapkan.
Mahkamah itu membuat keputusan tersebut setelah membenarkan bantahan awal SPR.
Mahkamah rayuan mengubah keputusuan itu selepas membenarkan rayuan pengundi.
Dalam permohonan itu, tiga pengundi itu berkata pada 29 April, 2016, SPR telah menerbitkan notis merujuk Warta Persekutuan untuk memberitahu tentang perubahan daerah mengundi dalam kawasan pilihan raya dijalankan di bawah Seksyen 7(2) Akta Petisyen Pilihan Raya 1958.
Maradeveran dan Zahar yang merupakan pengundi bagi kawasan Batang Kali menulis kepada SPR dengan menyatakan bahawa hak mereka telah terganggu dengan teruk selepas mereka dapati pada 24 Julai tahun lepas yang kawasan pilihan raya mereka telah ditukar dari Batang Kali kepada KKB.
Yong, seorang pengundi di kawasan KKB mendakwa beliau terjejas teruk akibat perubahan kawasan pilihan raya KKB dan Batang Kali.
Peguam kanan persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili SPR, sementara peguam Gobind Singh Deo mewakili pengundi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017
![Mahkamah persekutuan benarkan SPR rayu keputusan pindaan sempadan Mahkamah persekutuan benarkan SPR rayu keputusan pindaan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41466219785_PRKSungaiBesaru.jpg)
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan tentang isu termasuk sama ada pengundi boleh mencabar di mahkamah mengenai daftar pengundi yang telah diwartakan. - Gambar hiasan
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Hujan lebat disahkan pencetus utama insiden tanah runtuh Batang Kali Hujan lebat disahkan pencetus utama insiden tanah runtuh Batang Kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697538864_tanahruntuhbatang.jpg)
Hujan lebat disahkan pencetus utama insiden tanah runtuh Batang Kali
Kejadian hujan merupakan faktor pencetus utama insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tahun lalu sehingga meragut 31 nyawa.
![Selangor setuju nyah rahsia laporan insiden tanah runtuh Batang Kali Selangor setuju nyah rahsia laporan insiden tanah runtuh Batang Kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696504338_MBselangor.jpg)
Selangor setuju nyah rahsia laporan insiden tanah runtuh Batang Kali
Kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, yang berlaku pada Disember tahun lalu.
![Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695379886_excoselangor.jpg)
Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah
Kerajaan negeri bakal nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
![Polis terima 4 laporan babit harimau belang termasuk di Goh Tong Jaya, Batang Kali Polis terima 4 laporan babit harimau belang termasuk di Goh Tong Jaya, Batang Kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693715976_Tiger.jpg)
Polis terima 4 laporan babit harimau belang termasuk di Goh Tong Jaya, Batang Kali
Polis menerima empat laporan berhubung kejadian seekor harimau belang berkeliaran di sekitar Batang Kali, Goh Tong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu di sini.
![Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024 Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689232274_BatangKali.jpg)
Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024
Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan.
![Tanah runtuh Batang Kali: Hasrat mangsa terselamat jumpa pasukan SAR tertunai Tanah runtuh Batang Kali: Hasrat mangsa terselamat jumpa pasukan SAR tertunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673682226_TBtanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Hasrat mangsa terselamat jumpa pasukan SAR tertunai
Ling, 20, yang diselamatkan anggota bomba pada hari pertama tragedi itu, berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
![Tanah runtuh Batang Kali: 10 agensi penyelamat dirai dalam majlis penghargaan khas Tanah runtuh Batang Kali: 10 agensi penyelamat dirai dalam majlis penghargaan khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673647038_SuffianAbdullah.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: 10 agensi penyelamat dirai dalam majlis penghargaan khas
Sepuluh agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Batang Kali dekat sini pada 16 Dis tahun lepas diraikan dalam satu majlis penghargaan khas.
![Polis siasat dakwaan barangan mangsa insiden Batang Kali diguna individu lain Polis siasat dakwaan barangan mangsa insiden Batang Kali diguna individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672581222_SAR.jpg)
Polis siasat dakwaan barangan mangsa insiden Batang Kali diguna individu lain
Polis menyiasat dakwaan satu hantaran di laman Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan barangan milik mangsa tragedi insiden tanah runtuh di Batang Kali.
![Tanah runtuh Batang Kali:' Anak sempat minta jaga diri sebelum pergi' - Bapa Tanah runtuh Batang Kali:' Anak sempat minta jaga diri sebelum pergi' - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672231901_TongCheeKong.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali:' Anak sempat minta jaga diri sebelum pergi' - Bapa
Sehingga saat ini masih tergiang-ngiang kata-kata terakhir mendiang anak lelakinya,Tong Kai En, 9, yang terkorban dalam kejadian itu.
![Tanah runtuh Batang Kali: Jalan sehala sudah siap, akan dibuka segera Tanah runtuh Batang Kali: Jalan sehala sudah siap, akan dibuka segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672061508_TBTANAHRUNTUH.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Jalan sehala sudah siap, akan dibuka segera
Kerajaan Selangor sudah menyiapkan jalan sehala di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya.