PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan rayuan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam dan dua lagi berhubung peranannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dua lagi responden ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V.C. George.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli juga mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk penilaian ganti rugi terhadap Majlis Peguam selaku responden ketiga.
Hakim Abdul Rahman ketika membacakan keputusan sebulat suara itu berkata mahkamah tidak membuat perintah yang sama terhadap Thomas dan George, kerana responden pertama dan kedua mereka bukan badan berkanun yang terikat dengan Seksyen 99(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976.
Beliau berkata rayuan itu hanya berkaitan dengan persoalan sama ada responden bertanggungjawab dalam tort pelanggaran kewajipan statutori dan bukan untuk sebab-sebab lain tindakan, iaitu fitnah dan konspirasi untuk memfitnah.
"Rayuan ini juga tidak berkaitan dengan pertanyaan sama ada perayu (Muhammad Shafee) telah atau tidak bersalah atas salah laku. Ia adalah perkara yang perlu ditentukan oleh Lembaga Disiplin dalam prosiding tatatertib yang sedang berjalan terhadap perayu.
"Seksyen 99(1) LPA (Akta Profesion Undang-Undang) mensyaratkan sebarang aduan mengenai kelakuan peguam bela dan peguam cara harus dibuat secara bertulis dan dirujuk kepada Lembaga Disiplin.
"Dengan melanggar syarat undang-undang ini, Thomas dan George telah menggerakkan Majlis Peguam di bawah Seksyen 64(6) LPA untuk mendapatkan kelulusan mengutuk perayu 'dengan tegas' kerana melanggar disiplin," katanya dalam keputusan yang disampaikan secara maya melalui Zoom.
Hakim Abdul Rahman berkata Majlis Peguam telah melakukan pelanggaran undang-undang yang lebih serius apabila menerbitkan usul itu di laman webnya dan membentangkannya untuk diselesaikan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
"Ini bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi sangat tidak adil dan memudaratkan perayu kerana ini merupakan prasangka terhadap kesalahannya sebelum prosiding tatatertib di hadapan Lembaga Disiplin," katanya.
Hakim Abdul Rahman berkata untuk membenarkan ahli Majlis Peguam membuat aduan salah laku melalui usul di bawah Seksyen 64(6) LPA adalah menjadikan Seksyen 99(1) sama sekali tidak mempunyai makna, untuk itu setiap aduan mengenai tingkah laku peguam bela dan peguam cara hanya boleh dibuat kepada Majlis Peguam, dan akan diputuskan secara ringkas dari dewan tanpa perlu merujuk aduan itu kepada Lembaga Disiplin.
"Ini bukan sesuatu yang akan dikira oleh mahkamah ini kerana ia merupakan pelanggaran undang-undang yang jelas di bawah Majlis Peguam sebagai penjaga LPA. Dalam konteks kes sekarang, badan yang diamanahkan oleh undang-undang untuk menguruskan semua perkara berhubung kelakuan peguam bela dan peguam cara adalah Lembaga Disiplin dan bukan Majlis Peguam.
"Majlis Peguam tidak mempunyai urusan hakikat dan undang-undang untuk menangani sebarang aduan salah laku oleh peguam bela dan peguam cara, sama ada melalui usul di bawah Seksyen 64(6) atau dengan cara lain," katanya.
Hakim Abdul Rahman juga berkata kuasa untuk mendisiplinkan peguam bela dan peguam cara diberikan oleh Lembaga Disiplin dan kuasa ini perlu dilaksanakan oleh Lembaga berdasarkan peraturan yang relevan.
"Majlis Peguam tahu dengan tepat apakah prosedur yang betul dalam menangani salah laku oleh ahli-ahlinya. Oleh itu ia tidak bertindak dengan baik dalam kes ini dalam membenarkan usul yang dikemukakan oleh Thomas dan George dibentangkan dan diputuskan dari Dewan, sebaliknya merujuk terlebih dahulu kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan Lembaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan rayuan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.