Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan laporan pakar berhubung persoalan sama ada penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang beragama Islam dalam permohonan semakan kehakiman oleh Jill Ireland Lawrence.
Perkara itu dimaklumkan peguam Annou Xavier, yang mewakili Jill, wanita Kristian berbangsa Melanau, kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.
Annou berkata laporan pakar itu akan difailkan oleh KDN melalui Jabatan Peguam Negara berhubung persoalan sama ada penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam atau boleh digunakan oleh penganut Kristian.
"Laporan perlu difailkan sebelum atau pada 14 Julai ini dan pihak kami perlu menunggu laporan pakar itu bagi melihat isi kandungannya," katanya yang turut memaklumkan bahawa 19 Sept ini ditetapkan untuk pendengaran merit dalam permohonan semakan kehakiman berkenaan.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, mewakili KDN dan kerajaan selaku responden berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kementerian itu bagi mengenal pasti pakar yang terbabit dalam laporan tersebut.
Jill memfailkan permohonan semakan kehakiman pada Ogos 2008 supaya lapan CD yang mengandungi kalimah Allah dipulangkan kepadanya atas alasan dia berhak menyimpan, menggunakan dan mengimportnya.
CD berkenaan bertajuk 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', dirampas daripada Jill, dari Sarawak, sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang pada 11 Mei 2008.
Pada 21 Julai 2014, Mahkamah Tinggi memerintahkan CD berkenaan dipulangkan kepadanya tetapi tidak mengeluarkan pengisytiharan seperti dipohonnya, bahawa dia berhak untuk menyimpan, menggunakan dan mengimport CD itu.
Pada 23 Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan Kementerian Dalam Negeri memulangkan lapan CD itu selepas menolak rayuan kementerian terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan memerintahkan kementerian memulangkan CD itu dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan itu.
Panel itu turut memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Jill bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa dia boleh menyimpan, menggunakan dan mengimport CD itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2017
Pada 23 Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan Kementerian Dalam Negeri memulangkan lapan CD itu selepas menolak rayuan kementerian terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah
Perkara itu dimaklumkan peguam Annou Xavier, yang mewakili Jill, wanita Kristian berbangsa Melanau, kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan MAIS jadi pencelah kes CD 'Kalimah Allah'
MAIS gagal dalam usahanya untuk menjadi pencelah dalam permohonan dikemukakan seorang wanita untuk diberikan hak menyimpan lapan keping CD mengandungi kalimah Allah.
KDN buat keputusan serah kembali kitab injil, CD - Wan Junaidi
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk menyerah kembali buku-buku Kristian dan cakera padat (CD) yang mengandungi perkataan, 'Allah' milik penganut Kristian di Sabah yang dirampas di Klia2.
Dua laporan berbaur hasutan sepanjang kempen di Pengkalan Kubor - Polis
Polis Kelantan menerima dua laporan mengenai ceramah dan pengedaran CD berbaur hasutan sepanjang tempoh lapan hari berkempen.