Polis Kelantan menerima dua laporan mengenai ceramah dan pengedaran cekera padat (CD) yang berbaur hasutan sepanjang tempoh lapan hari berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-dua kes itu sedang disiasat dan pihaknya telah memanggil individu terbabit untuk memberi keterangan.
"Kes pertama, kita terima aduan pada 17 Sept yang melibatkan pengaduan ke atas seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang dikatakan telah mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan semasa mengadakan ceramah pada 13 Sept lalu.
"Pada 18 Sept pula, mengenai aduan daripada seorang lelaki yang menerima satu bungkusan CD ceramah sebuah parti politik yang diletakkan pada bahagian hadapan kenderaan pengadu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini, hari ini.
Katanya kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(B) dan (C) Akta Hasutan 1948.
Mazlan berkata secara keseluruhannya kempen PRK DUN itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Pasukan Khas Cantas juga sentiasa dalam keadaan siap sedia bagi menangani sebarang kemungkinan sekiranya ada individu atau kumpulan yang cuba menimbulkan kekecohan," katanya.
Beliau berkata jumlah anggota polis akan ditambah pada hari mengundi Khamis ini bagi mengawasi semua 45 saluran mengundi.
"Tahap keselamatan turut dipertingkatkan untuk melancarkan proses pembuangan undi," katanya.
Kawasan DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pemilih berdaftar iaitu terdiri daripada 23,929 orang pengundi biasa, 109 orang pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
PRK DUN itu pada Khamis ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Bernama
Sun Sep 21 2014

Polis Kelantan menerima dua laporan mengenai ceramah dan pengedaran CD berbaur hasutan sepanjang tempoh lapan hari berkempen.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah
Perkara itu dimaklumkan peguam Annou Xavier, yang mewakili Jill, wanita Kristian berbangsa Melanau, kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan MAIS jadi pencelah kes CD 'Kalimah Allah'
MAIS gagal dalam usahanya untuk menjadi pencelah dalam permohonan dikemukakan seorang wanita untuk diberikan hak menyimpan lapan keping CD mengandungi kalimah Allah.

KDN buat keputusan serah kembali kitab injil, CD - Wan Junaidi
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk menyerah kembali buku-buku Kristian dan cakera padat (CD) yang mengandungi perkataan, 'Allah' milik penganut Kristian di Sabah yang dirampas di Klia2.

Dua laporan berbaur hasutan sepanjang kempen di Pengkalan Kubor - Polis
Polis Kelantan menerima dua laporan mengenai ceramah dan pengedaran CD berbaur hasutan sepanjang tempoh lapan hari berkempen.