KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan perintah penggantungan yang melarang kerajaan Malaysia menghantar pulang 114 pelarian warga Myanmar ke negara asal.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia, Ketua Pengarah Imigresen dan Menteri Dalam Negeri selaku responden untuk mengetepikan perintah larangan yang diputuskan sebelum ini.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili kesemua responden, dan peguam Lim Wei Jeit, yang mewakili dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Asylum Access Berhad serta Aimal Sdn Bhd selaku pemohon, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Ketiga-tiga responden memfailkan permohonan itu pada 12 Mei lepas atas alasan tahanan Myanmar telah berulang kali merayu dan meluahkan hasrat kepada pegawai yang bertugas di depot tahanan Imigresen supaya membenarkan mereka pulang ke negara asal.
Perintah sementara sebelum ini dikeluarkan oleh Hakim Datuk Seri Mariana Yahya (kini Hakim Mahkamah Rayuan) pada 24 Feb 2021, yang melarang Kerajaan Malaysia menghantar pulang pendatang Myanmar ke negara asal berkuat kuasa sehingga 9 Mac 2021.
Pada 9 Mac, NGO terbabit memperoleh kebenaran mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan penghantaran pulang 1,200 pelarian warga Myanmar ke negara asal.
Kedua-dua NGO memfailkan permohonan pada 22 Feb 2021 bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan kerajaan menghantar pulang kesemua pelarian termasuk kanak-kanak yang ditahan di pusat tahanan Imigresen ke Myanmar melalui kapal.
Dalam permohonan itu, NGO terbabit mendakwa jika kesemua pelarian dihantar pulang ke Myanmar, kehidupan mereka akan terancam dan dalam bahaya.
Dalam kenyataan media pada 23 Feb 2021, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata seramai 1,086 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang ditahan di depot Imigresen di seluruh negara sejak tahun lepas dihantar pulang melalui Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
Program penghantaran pulang itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia khususnya TLDM, Pasukan Petugas Kebangsaan dan Kedutaan Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan perintah penggantungan yang melarang kerajaan Malaysia menghantar pulang 114 pelarian warga Myanmar ke negara asal. - Gambar hiasan
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kes bunuh Zaharif: Saksi tidak sempat siasat elemen pandu melulu, siasatan bawah kesalahan jenayah
Jong berkata dia tidak sempat untuk membuat siasatan lanjut ke atas elemen pandu melulu kerana siasatan ditukar kepada pegawai penyiasat bahagian jenayah.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa dipaksa mengaku mencuri - Pegawai polis
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, yang ditemukan mati pada Mac lepas, dipaksa mengaku mencuri selepas dipukul.
Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.