Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) selepas menolak petisyen difailkan oleh dua pengundi.
Hakim Pilihan Raya Abang Iskandar Abang Hashim yang membuat keputusan itu berkata pempetisyen gagal mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Beliau menolak kedua-dua petisyen dengan kos.
Bagi DUN Manjoi, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Ahmad Mansor membayar kos RM40,000 kepada Adun Manjoi Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang dinamakan sebagai responden pertama, RM35,000 kepada responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan RM30,000 kepada responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagi DUN Pasir Panjang, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Hamidun Ahmad membayar kos RM40,000 masing-masing kepada kepada responden pertama iaitu ADUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim, responden kedua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga SPR.
Responden pertama bagi DUN Manjoi dan DUN Pasir Panjang diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun mewakili responden kedua dan ketiga bagi DUN Manjoi manakala Peguam Kanan Persekutuan Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili responden kedua dan ketiga bagi DUN Pasir Panjang.
Kedua-dua pempetisen diwakili barisan peguam yang diketuai Aminuddin Zulkifli.
Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad dengan majoriti 132 undi bagi DUN Manjoi manakala Rashidi menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi.
Bernama
Fri Aug 02 2013
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
KPKT peruntuk RM308 juta untuk tiga PPR baharu di Perak - Nga
KPKT memperuntukkan RM308 juta bagi pembangunan tiga projek PPR baharu di Perak membabitkan 1,200 unit kediaman di tiga kawasan Parlimen.
PRU15: UMNO kenal pasti bakal calon Parlimen Tambun, dua DUN
Dua kerusi DUN dalam Parlimen Tambun itu ialah Hulu Kinta dan Manjoi.
10 rumah di Ipoh dilanda ribut sebelum berbuka puasa
sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kejadian itu, beliau bersama pasukan dari Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Manjoi segera turun melihat keadaan rumah yang terjejas serta mangsa yang terlibat.
Mahkamah kekalkan kemenangan BN di DUN Manjoi dan DUN Pasir Panjang
Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Manjoi dan DUN Pasir Panjang.