PUTRAJAYA: Seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang dipecat selepas didakwa membuat kenyataan memperlekeh kerajaan dalam hantaran di laman Facebook bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak empat tahun lepas, kembali mengisi jawatannya sebelum ini.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak permohonan kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengembalikan Nazrul Imran Mohd Nor ke jawatannya.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf memutuskan bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan perayu (kerajaan dan SPA) tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk membolehkan mahkamah memberikan kebenaran untuk merayu.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Peguam Surendra Ananth, yang mewakili Nazrul Imran, ketika dihubungi pemberita mengesahkan keputusan itu yang dibuat pada prosiding dikendalikan secara dalam talian.
"Permohonan kerajaan untuk mendapatkan kebenaran merayu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan tanpa kos," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang hadir bagi pihak perayu, turut mengesahkan perkara itu.
Nazrul Imran bertugas sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Manila ketika insiden itu didakwa berlaku.
Beliau yang berkhidmat sebagai pegawai PTD selama lapan tahun telah diarahkan pulang ke Malaysia selepas didakwa membuat kenyataan itu pada 11 Jan 2017 susulan kematian mengejut Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
SPA yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu telah mengeluarkan surat tunjuk sebab memecat Nazrul pada 13 Feb 2017 kerana didakwa melanggar Peraturan 19(1)(b) dan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada 12 Mei 2017, Nazrul Imran memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap SPA dan kerajaan bagi mencabar pemecatannya atas alasan kenyataan itu tidak ditujukan kepada kerajaan dan tidak menjatuhkan reputasi kerajaan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Peraturan tersebut.
Nazrul Imran turut mendakwa penggunaan Peraturan itu oleh SPA telah menyekat hak asasi beliau di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan pemecatannya adalah tidak wajar serta tidak rasional.
Bagaimanapun, pada Mei 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan semakan kehakiman Nazrul Imran.
Beliau kemudian merayu terhadap keputusan itu dan pada 26 Nov 2020, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya dan mengarahkan SPA agar mengembalikan Nazrul Imran ke jawatannya sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021

Pada 12 Mei 2017, Nazrul Imran memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap SPA dan kerajaan bagi mencabar pemecatannya. - Gambar hiasan
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Mahkamah kekal keputusan kembalikan jawatan PTD didakwa perlekeh kerajaan di FB Najib
Seorang PTD yang dipecat selepas didakwa membuat kenyataan memperlekeh kerajaan dalam hantaran di laman Facebook Najib empat tahun lepas, kembali mengisi jawatannya sebelum ini.

Laporan 'damage control' dikeluarkan tahun depan - Tun M
Katanya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

Pegawai kerajaan perlu berani kata 'tidak' - PM
Tun Mahathir Mohamad mahu golongan pegawai kerajaan berani untuk mengatakan tidak, sekalipun berdepan risiko dikenakan hukuman.

Pemegang ijazah luar negara tidak diiktiraf, sila tampil!
Saifuddin berkata terdapat pegawai termasuk PTD dihantar ke Amerika Syarikat (AS) dan Perancis menggunakan 'penaja kerajaan' bagi ijazah pertama tetapi masih tidak diserap dalam perkhidmatan awam.

Seleweng dana kerajaan: TKP, enam PTD bebas reman SPRM
Kesemua suspek yang direman lima hari bermula 28 Ogos dibebaskan dengan jaminan SPRM serta seorang penjamin.

Seleweng dana PRU14: Datuk dan enam PTD direman lima hari
Seorang timbalan ketua pengarah jabatan bergelar "Datuk" dan enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan

Kerajaan tidak lindungi pemimpin terlibat rasuah - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran akan menamatkan perkhidmatan mana-mana pemimpin yang terlibat dengan perbuatan rasuah serta penyelewengan.

PTD wanita perlu berusaha memahami pelaksanaan TN50
Kumpulan itu pada masa sama disaran membina rangkaian hubungan lebih baik dengan masyarakat khususnya dalam usaha melaksanakan TN50.
Pelatih PTD dijangkiti H1N1 stabil
Dua pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dilapor dijangkiti virus influenza A (H1N1) kini berada dalam keadaan stabil.