Dua pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dilapor dijangkiti virus influenza A (H1N1) kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses kuarantin di Institut Latihan Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara, dekat sini.
Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Awam berkata 109 pelatih yang menjalani latihan bersama dua pelatih terbabit turut dikuarantin.
"Kesemua mereka tiba di Bukit Kiara pada Rabu dan telah menjalani tiga proses saringan yang dijalankan oleh Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
Beliau juga memberitahu proses saringan akan terus dijalankan sehingga Ahad ini dan sebagai langkah tambahan semua pelatih turut dibekalkan topeng dan cecair pembasmi kuman.
Menurut jurucakap itu pelatih lelaki dan perempuan terbabit disahkan positif H1N1 oleh Hospital Baling, Kedah semasa mereka menjalani latihan bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara, Baling.
Katanya keputusan ujian diterima ketika kumpulan itu sedang bersedia untuk bertolak ke Melaka bagi menjalani latihan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan menyebabkan kesemua pelatih dibawa ke Bukit Kiara.
"Kami akan memastikan kesihatan mereka berada di tahap yang baik sebelum mereka boleh memulakan latihan semula," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Intan Rohana Amdan dalam kenyataannya di sini, menjelaskan Intan tidak mempunyai kampus atau cawangan di Baling mahupun Ipoh, Perak.
Antara lain laporan media itu menyebut dua pelatih berkenaan dijangkiti H1N1 di pusat latihan Intan di Baling dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh selepas dimasukkan ke hospital swasta ketika kumpulan pelatih itu dalam perjalanan ke pusat latihan di situ.
Bernama
Fri Jan 18 2013

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

AS rekod lebih 1,600 kematian akibat selesema musim ini - CDC
Influenza bermusim terus meningkat di kebanyakan kawasan dengan bahagian tenggara dan selatan-tengah mencatatkan kes tertinggi.

Malaysia dijangka alami 'twindemic' hujung tahun ini
Di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

COVID-19: Contohi model Sarawak hadkan pergerakan antara zon - Pakar
Kerajaan Persekutuan disaran mencontohi model kerajaan Sarawak untuk mengehadkan pergerakan antara zon di Semenanjung Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

Penularan Influenza di sekolah terkawal - KP Kesihatan
Penularan virus Influenza A atau H1N1 yang dilaporkan berlaku di institusi pendidikan berada dalam keadaan terkawal dan langkah-langkah pencegahan telah dilaksanakan.

Influenza: Dapatkan nasihat doktor sebelum ambil ubat antiviral - Dr Noor Hisham
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama Oseltamivir yang berdaftar antaranya Tamiflu, Fluhalt, Osmivir dan Starflu.

Satu daripada empat kanak-kanak dijangkiti influenza - Pakar Runding Pediatrik
Pakar Runding Pediatrik dan Neonatalogi, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata satu daripada empat kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza.

Jabatan Pendidikan Perak tubuh pasukan khas pantau jangkitan ILI
Jabatan Pendidikan Perak telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk memantau gejala jangkitan penyakit seperti Influenza (ILI) di sekolah-sekolah berasrama di negeri ini.