KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan 29 harta milik Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) termasuk empat harta tambahan iaitu bangunan-bangunan di Jalan Chan Sow Lin, di sini, dan kilang percetakan di Bangi, Selangor, dikategorikan sebagai harta-harta amanah.
Keempat-empat harta itu terletak di Lot 187 dan 268, 46M, Sec 92, Jalan 5 Off Jalan Chan Sow Lin, No. 44, Jalan Utusan Off Jalan Chan Sow Lin, Lot 285, Jalan 5, Seksyen 92 Jalan Chan Sow Lin dan Lot 6, 3 Jalan P/10 Kawasan Perusahaan S/S10, Bangi.
Sehubungan itu, mahkamah mencapai keputusan bekas kakitangan syarikat berkenaan yang terlibat dalam Skim Pemisahan Sukarela (VSS) empat tahun lalu, berhak mendapat baki bayaran penyelesaian hasil penjualan hartanah milik syarikat tersebut.
Hakim Nadzarin Wok Nordin dalam penghakimannya berpuas hati bahawa penerima VSS dikategorikan sebagai penerima manfaat (beneficiaries), bukan pemiutang.
UMMB turut mempunyai empat anak syarikat iaitu Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd., U Print Sdn. Bhd., Utusan Land Sdn. Bhd., Juasa Holdings Sdn. Bhd. dan Mediamony Sdn. Bhd.
“Oleh kerana mahkamah berpendapat penerima VSS adalah penerima manfaat harta-harta amanah, mereka tidak terlibat dalam proses likuidasi, jadi mereka berhak mendapat manfaat daripada harta tersebut,'' ujar Hakim Nadzarin.
Keputusan itu dicapai dalam saman pemula yang difailkan oleh UHY Advisory iaitu pelikuidasi bagi pihak UMMB (dalam penggulungan sukarela pemiutang) bagi mendapat arahan mahkamah sama ada hartanah milik syarikat itu terhadap penyelesai untuk membayar wang penyelesaian VSS, diiktiraf sebagai harta-harta amanah.
Dalam saman pemula tersebut, Rosmanizam Abdullah dan 159 pemegang VSS dinamakan sebagai defendan-defendan.
Dalam keputusannya, Hakim Nadzarin turut berpendapat, UMMB dan anak-anak syarikatnya boleh diklasifikasikan sebagai entiti ekonomi perseorangan.
Beliau berpuas hati, surat bertarikh 8 Oktober 2019 daripada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan (ketika itu), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyatakan, persetujuan kedua pihak dicapai bahawa pembayaran VSS akan dibuat menggunakan dana hasil penjualan hartanah milik Kumpulan Utusan.
“Latar belakang ini menunjukkan bukti komitmen plaintif untuk menyelesaikan bayaran VSS.
“Bukti di hadapan mahkamah apabila dibaca bersama menunjukkan hartanah lain milik plaintif dan/atau Kumpulan Utusan termasuk dalam definisi atau senarai harta amanah,'' ujar hakim berkenaan.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebarang hartanah yang dicagarkan kepada bank atau institusi kewangan tertakluk kepada kedua-dua pihak tersebut.
Hakim Nadzarin menambah, penerima VSS selaku penerima faedah harta amanah (selepas ditolak perkara-perkara seperti cukai keuntungan harta tanah, penilaian, yuran pelikuidasi, yuran guaman dan pelbagai bayaran) akan menerima bayaran penyelesaian yang akan dimasukkan ke dalam akaun firma guaman yang dilantik sebagai pemegang amanah VSS.
Penghakiman itu menyatakan, seramai 709 kakitangan UMMB ditawarkan dan menerima VSS manakala Jawatankuasa Pemegang Amanah ditubuhkan pada 24 Disember 2018 bagi memastikan hasil jualan harta dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat guaman selaku pemegang amanah.
Menurut penghakiman tersebut, sebanyak lapan kali pembayaran dibuat oleh UMMB kepada bekas kakitangan manakala masih terdapat baki tunggakan sebanyak lebih RM59 juta perlu dijelaskan kepada penerima VSS.
Astro Awani
Tue Oct 25 2022

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencapai keputusan bekas kakitangan Utusan Melayu yang terlibat dalam VSS empat tahun lalu, berhak mendapat baki bayaran penyelesaian hasil penjualan hartanah milik syarikat tersebut. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Wartawan hiburan veteran, Huzz, meninggal dunia
Bekas wartawan yang lebih mesra dikenali dengan nama pena Huzz itu meninggal dunia pada usia 58 tahun.

28 Okt pendengaran rayuan Guan Eng mengenai kuantum ganti rugi saman fitnah
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Okt untuk mendengar rayuan Lim Guan Eng mengenai kuantum ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Melayu (M) Bhd kepada bekas Menteri Kewangan itu dalam saman fitnahnya.

Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.

JTKSM minta Utusan bayar VSS, gaji pekerja sekali gus
Utusan perlu memastikan semua pekerja yang diberhentikan menerima pampasan yang sewajarnya mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

Pengurusan Utusan dikenakan tindakan jika langgar undang-undang
Syarikat berusia 80 tahun itu menghentikan operasi susulan masalah kewangan, dan semalam (9 Oktober) juga adalah tarikh akhir bekerja buat semua kakitangannya.

Utusan Melayu diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Anwar
Saman itu berhubung dua artikel yang diterbitkan syarikat penerbitan itu membabitkan temu bual Anwar dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.