PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan polis dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan penahanan bekas Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R. Sri Sanjeevan selama 16 hari di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sebagai menyalahi undang-undang.
Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk S. Nantha Balan, Datuk See Mee Chun dan Datuk Azimah Omar dalam prosiding secara dalam talian hari ini.
Hakim Azimah ketika membacakan penghakiman itu berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila membenarkan saman Sri Sanjeevan berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes lain mengenai POCA.
"Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2022 tidak boleh diguna pakai dalam kes sekarang kerana penahanan itu dibuat enam tahun sebelum Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Seksyen 4 POCA adalah tidak berperlembagaan.
"Kami mendapati kes ini tidak terpakai terhadap reman di bawah Seksyen 4 POCA yang berlaku lebih lima tahun sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2022," katanya dan memerintahkan Sri Sanjeevan membayar kos RM60,000.
Hakim itu berkata permohonan retrospektif akan menjadi huru-hara dan bermasalah kerana ia akan membuka peluang kepada sesiapa dan semua reman di bawah peruntukan yang sama sebagai tidak berperlembagaan atau menyalahi undang-undang walaupun pada hakikatnya reman itu dijalankan tanpa syarat pada masa peruntukan itu sah dan berperlembagaan.
"Adalah tidak adil bagi kami sekarang untuk mengecam Majistret kerana mengeluarkan waran dan terhadap tindakan defendan pertama meletakkan plaintif di bawah tahanan reman apabila mereka berbuat demikian berdasarkan peruntukan yang masih sah dan berperlembagaan," katanya.
Hakim Azimah juga berkata hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf berhubung tuduhan penderaan fizikal boleh digunakan dalam menuntut hukuman penahanan secara salah.
"Ia adalah salah arah di pihak hakim untuk mempertimbangkan dakwaan penderaan fizikal. Penderaan fizikal semasa tahanan ini tidak menjadi asas kepada tuntutan penahanan secara salah," katanya.
Hakim Azimah berkata mahkamah juga turut memetik semua dokumen berkaitan yang membawa kepada pengeluaran waran Majistret yang disangkal iaitu kesemuanya mempunyai pengakuan tandatangan plaintif bahawa beliau sedar dan dimaklumkan bahawa tangkapan dan reman dilakukan mengikut Seksyen 4 POCA.
"Isu ini langsung tidak dibangkitkan dalam hujahan bertulis plaintif dan ia hanya dibangkitkan semasa pendengaran rayuan. Adalah tidak wajar bagi kami untuk mempertimbangkan pertikaian ini apabila perayu tidak diberi sebarang peluang untuk mencabar pertikaian semasa perbicaraan," katanya.
Sri Sanjevaan, 38, menyaman pegawai penyiasat ASP Poonnam E Keling, Ketua Polis Negara (KPN) dan Kerajaan Malaysia, mendakwa dia ditahan secara salah oleh Poonnam selama 16 hari dari 10 hingga 26 Julai 2016, dan dia turut diserang dan juga telah meminta ganti rugi bagi kerugian dan kecederaan yang dialaminya.
Pada 28 Jun tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache membenarkan saman sivil Sri Sanjeevan bagi pemenjaraan salah dan memerintahkan ganti rugi am, teladan dan teruk dibayar kepadanya. Beliau mengarahkan ganti rugi dinilai dalam perbicaraan berasingan yang ditetapkan kemudian.
Hakim juga memberikan pengisytiharan bahawa penahanan Sri Sanjeevan adalah menyalahi undang-undang dan pengisytiharan bahawa haknya di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan telah dilanggar oleh Poonnam dan mendapati Poonnam bertanggungjawab kerana menahan Sri Sanjeevan secara tidak sah dan KPN serta kerajaan kedua-duanya bertanggungjawab atas tindakan pegawai polis berkenaan.
Sri Sanjeevan ditahan di bawah POCA kerana didakwa terlibat dalam aktiviti jenayah pada 10 Julai 2016, dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari berikutnya yang mengeluarkan perintah reman 21 hari.
Sebelum tamat tempoh reman 21 hari, Sri Sanjeevan memfailkan permohonan habeas corpus atau penahanan salah bagi memastikan dia dibebaskan daripada tahanan. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonannya pada 26 Julai 2016, kerana pelanggaran prosedur mandatori bawah POCA.
Kerajaan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tetapi kemudiannya menarik balik rayuan itu. Sri Sanjeevan kemudian memfailkan tindakan sivil terhadap polis dan kerajaan bagi penahanan secara salah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023

Sri Sanjeevan ditahan di bawah POCA kerana didakwa terlibat dalam aktiviti jenayah pada 10 Julai 2016. - Gambar fail/Astro AWANI

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.

Mahkamah benar rayuan kerajaan berhubung tahanan salah bekas Pengerusi My-Watch
Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk S. Nantha Balan, Datuk See Mee Chun dan Datuk Azimah Omar dalam prosiding secara dalam talian hari ini.