PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menangguhkan pendengaran semakan kehakiman Grab Holdings Inc bagi mencabar cadangan suruhanjaya itu mengenakan denda RM86.77 juta terhadapnya, yang dijadualkan bermula Isnin depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf.
"Kami membenarkan penangguhan sementara pendengaran semakan kehakiman sehingga pelupusan permohonan MyCC untuk mendapatkan kebenaran merayu (di Mahkamah Persekutuan).
"Kami menangguhkan prosiding ini sehingga alasan penghakiman Mahkamah Rayuan diberikan kepada MyCC," katanya yang bersidang bersama-sama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Terdahulu, peguam MyCC Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah pihaknya memohon penangguhan kerana badan kawal selia itu belum menerima keputusan bertulis penuh Mahkamah Rayuan yang memberi kebenaran bagi semakan kehakiman tersebut.
"Kami perlu melihat bagaimana alasan penghakiman Mahkamah Rayuan mengendali isu terbabit. MyCC berada dalam kedudukan yang sukar jika pendengaran pada Isnin depan diteruskan sedangkan rayuan di hadapan Mahkamah Persekutuan belum diputuskan," katanya.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili Grab Holdings, membantah permohonan itu memandangkan kes tersebut sudah tertangguh sejak 2019.
Pada 18 Mei 2021, MyCC telah memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Grab Holdings Inc dan anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman untuk mencabar cadangan suruhanjaya itu mengenakan denda RM86.77 juta terhadap mereka.
Pada 19 April 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah memberi kebenaran kepada Grab Holdings, GrabCar Sdn Bhd dan MyTeksi Sdn Bhd untuk memulakan semakan kehakiman terhadap cadangan MyCC mendenda mereka yang didakwa menyalahgunakan kedudukan dominan mereka.
Mahkamah Rayuan telah memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit semakan kehakiman itu.
Hanipah telah membenarkan rayuan Grab dan dua anak syarikatnya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak memihak kepada mereka.
Susulan itu, MyCC memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung beberapa persoalan undang-undang yang didakwa syarikat terbabit adalah penting dan mempunyai kepentingan awam.
MyCC mendakwa Grab telah menyalahgunakan kedudukan dominannya dengan mengenakan beberapa klausa sekatan ke atas pemandunya yang menghalang mereka daripada mempromosi pesaing semasa dan berpotensi syarikat itu di platform e-hailing serta media iklan dalam transit.
Grab dan kedua-dua anak syarikatnya gagal dalam permohonan bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tindakan itu adalah pramatang kerana keputusan mengenai cadangan denda belum dimuktamad.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
![Mahkamah benar permohonan MyCC tangguh pendengaran semakan kehakiman Grab Mahkamah benar permohonan MyCC tangguh pendengaran semakan kehakiman Grab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644412374_Grab.jpg)
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf. - Gambar/ Grab
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824801_ArmizanMohdAli.jpg)
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
![Tindakan tegas terhadap pihak terlibat kartel - MyCC Tindakan tegas terhadap pihak terlibat kartel - MyCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674802151_IdrusHarun.jpg)
Tindakan tegas terhadap pihak terlibat kartel - MyCC
MyCC tidak gentar atau pilih kasih dan kekal komited dalam melaksanakan tindakan itu bagi melindungi kepentingan pengguna serta memastikan wujud persaingan sihat dalam pasaran.
![KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731228037_TBWATIKAH.jpg)
KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
![Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
![Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan
Hakim menetapkan sesi pengurusan kes esok, bagi menetapkan tarikh menyampaikan keputusan.
![Kartel tipuan bida: MyCC cadang kenakan tiga kontraktor penalti kewangan Kartel tipuan bida: MyCC cadang kenakan tiga kontraktor penalti kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725946570_tbHishamudinMdYunu.jpg)
Kartel tipuan bida: MyCC cadang kenakan tiga kontraktor penalti kewangan
MyCC mengeluarkan Keputusan Cadangan mengenakan penalti kewangan terhadap tiga syarikat kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida bernilai RM45 juta.
![MyCC kenakan penalti terhadap tujuh syarikat terlibat kartel tipuan bida MyCC kenakan penalti terhadap tujuh syarikat terlibat kartel tipuan bida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725529244_IskandarIsmail.jpg)
MyCC kenakan penalti terhadap tujuh syarikat terlibat kartel tipuan bida
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM446,092.95 ke atas tujuh syarikat persendirian atas dakwaan penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida.
![MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta - Armizan MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721990739_TBArmizanjpg.jpg)
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengambil tindakan terhadap 100 perusahaan sejak ditubuhkan pada April 2011.
![Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718026906_diesel.jpg)
Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.
![MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703576258_TBMyCC.jpg)
MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras
MyCC berkata pihaknya telah menyerahkan surat kepada KPB Oktober lepas, menyatakan kesediaan untuk berbincang.