Golongan mahasiswa diingatkan supaya tidak menggadaikan masa depan dan peluang mereka untuk berjaya dengan melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan haram.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mahasiswa seharusnya mendahulukan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri dan keluarga yang mengharapkan kejayaan
mereka.
"Tidak semestinya terpelajar dan mempunyai pendapat sendiri mahasiswa ini perlu menjerit dan bersorak di Dataran Merdeka misalnya atau di jalanan untuk menyuarakan pandangan mereka.
"Jangan biarkan peluang kejayaan berakhir dengan anda diambil tindakan sehingga lebih teruk dibuang
universiti kerana menyertai aktiviti politik secara haram," katanya ketika berucap pada program Malam Bersama Alumni Minggu Haluan Siswa 2016/2017 di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), Universiti Malaya di sini malam tadi.
Azalina, yang merupakan alumni dan bekas penghuni KKTB pada 1984 hingga 1988, berucap di hadapan kira-kira 500 pelajar baharu yang juga penghuni kolej berkenaan.
Azalina turut mengingatkan mahasiswa agar mensyukuri dan berterima kasih atas segala perkhidmatan pendidikan yang lengkap disediakan kerajaan untuk rakyat Malaysia.
"Apa yang penting bagi mahasiwa ialah belajar hingga berjaya. Jangan fikir yang lain. Jika mahu berpolitik habiskan pelajaran dahulu, selepas itu anda boleh berpolitik...itu hak anda," katanya.
Beliau seterusnya berkongsi pengalaman empat tahun sebagai mahasiswa di Universiti Malaya, termasuk ibu jari kakinya putus akibat kemalangan motosikal di kampus, sebelum ia berjaya disambung semula.
"Itu pengalaman yang tidak boleh saya lupa. Apa yang manis, semua rakan-rakan tidak kira kaum waktu itu banyak membantu saya sewaktu menghadapi situasi sukar. Itulah antara keistimewaan Universiti Malaya," katanya.
Bernama
Mon Aug 29 2016
Azalina turut mengingatkan mahasiswa agar mensyukuri dan berterima kasih atas segala perkhidmatan pendidikan yang lengkap disediakan kerajaan untuk rakyat Malaysia. - Gambar fail
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah
Azam Baki berkata pelantikan berprestij itu dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan disifatkan satu detik bersejarah buat negara.
Tiga kertas kerja berkaitan GISB dibentangkan di Parlimen minggu depan - Azalina
Tiga kertas kertas kerja berkaitan GISB akan dibentangkan pada hari kedua Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.