Masuk hari kesembilan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 merekodkan 2.5 juta pengunjung berdasarkan kiraan di empat pintu masuk utama Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.
Seorang petani, Adzmi Husin, 62, dari Naka, Kedah dinobatkan sebagai pengunjung bertuah ke 2.5 juta, sekali gus memenangi hadiah gergaji berantai dan mesin pemotong rumput.
Anggota rombongan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kedah ke MAHA 2016 itu tidak menyangka menerima hadiah berkenaan, yang katanya, boleh digunakan di kebun getah dan sawah padi miliknya, masing-masing seluas 1.2 hektar dan 0.8 hektar.
"Saya terkejut semasa berjalan dari bas, ada petugas panggil saya dan beritahu saya akan dapat hadiah ini, kerana saya datang hanya untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian," katanya.
Hadiah itu disampaikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Laman Armada Jentera MAHA 2016.
Sementara itu, Pengarah Sekretariat MAHA Azman Mohd Saad berkata pihaknya menggunakan kaedah kiraan pengunjung secara manual oleh para petugas MAHA yang ditempatkan di empat pintu masuk rasmi ke MAHA 2016.
"Jumlah itu pun tidak mengambil kira pengunjung yang masuk mengikut pagar yang bolos dan sebagainya. Jadi sebenarnya jumlah pengunjung lebih daripada apa yang kami kira," jelasnya.
Beliau berkata jumlah terkini pengunjung MAHA 2016 setakat 12.30 tengah hari tadi dianggarkan mencecah 2.7 juta orang dan beliau optimis jumlah yang hadir pada tahun ini mampu memecahkan rekod 3.5 juta orang pada hari terakhir 11 Dis. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan durian belanda pada perasmian MAHA - foto BERNAMA
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
MAHA 2016 catat lebih 2.5 juta pengunjung pada hari kesembilan
Masuk hari kesembilan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 merekodkan 2.5 juta pengunjung.