MELAKA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) tidak bercadang untuk mengurang atau menghentikan import ayam bulat sejuk beku di negara ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, walaupun kerajaan telah melaksanakan pemberian subsidi sebanyak 60 sen sekilogram kepada penternak tempatan, namun bekalan ayam import dapat menampung kekurangan ayam pada masa ini.
Menurutnya, langkah itu juga mampu membantu menurunkan lagi harga pasaran dengan kadar siling ditetapkan adalah RM8.90 sekilogram sekali gus menstabilkan harga serta bekalan ayam.
Katanya, kerajaan juga telah mengambil tindakan yang tepat dengan memberi kelulusan kepada empat buah pasar raya untuk mengimport ayam bulat sejuk beku.
"Pasar raya itu boleh import dan jual terus ayam mereka.
"Tindakan ini boleh menurunkan lagi harga runcit ayam kerana mereka tidak perlu melalui orang tengah dan terus jual kepada pelanggan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bekalan makanan haiwan kepada jabatan dan agensi di bawah program MAFI prihatin di Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini juga bekalan ayam dalam negara mencukupi dengan kadar sara diri (SSL) berada pada tahap 104 peratus.
Menurutnya, pengusaha ternakan ayam diminta tidak mengurangkan bekalan eksport bagi mengelakkan kerugian negara dalam jangka masa panjang.
"Kalau kita kurangkan, pengimport akan mencari sumber lain.
"Pengeksport juga telah menandatangi perjanjian jangka masa panjang, jadi tidak boleh sewenang-wenang menghentikan bekalan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 11 2022

Ahmad menunjukkan sebahagian sumbangan bekalan makanan haiwan kepada Zoo Melaka di Ayer Keroh pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

MAFI tidak bercadang henti import ayam bulat sejuk beku
Ahmad berkata, bekalan ayam import dapat menampung kekurangan ayam pada masa ini.

Kebenaran import ayam bulat sejuk beku selama tiga bulan hingga Feb 2022
Ia melibatkan pertimbangkan import sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan.