KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerima 10 trak hi-lift baharu lebih awal daripada jadual yang akan membantunya memulihkan perkhidmatan sajian makanan panas di atas pesawat yang terjejas oleh peralihan kontrak katering syarikat penerbangan itu baru-baru ini.
MAB dalam satu kenyataan hari ini berkata ketibaan 10 lagi trak hi-lift dalam beberapa bulan akan datang, beserta dengan langkah-langkah proaktif yang diambil untuk meningkatkan dan memperhalusi komponen hidangan pra-pembungkusannya dalam tempoh sementara ini, akan memulihkan sepenuhnya perkhidmatan sajian penuhnya menjelang pertengahan November tahun ini.
"Sejak 11 Sept 2023, MAB telah memperkenalkan semula sajian makanan panas ringkas untuk penumpang kelas perniagaan di laluan Bangkok dan Denpasar.
"Mulai hari ini, penumpang kelas ekonomi yang pergi ke Bangkok dan Denpasar, serta penumpang semua kelas kabin dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Kuching, Manila dan Hong Kong, juga akan dihidangkan sajian makanan panas," katanya.
Sementara itu, syarikat penerbangan itu berkata penumpang kelas perniagaan yang menuju ke semua sektor Asia Selatan juga akan menikmati sate Malaysia Airlines yang terkenal, manakala bandar raya Asean lain akan dihidangkan makanan panas secara berperingkat.
"Penumpang yang menuju ke destinasi Asia Selatan, Asia Utara dan Australia yang lain akan terus menerima hidangan panas yang ringkas di atas pesawat," katanya.
MAB berkata trak hi-lift merupakan bahagian penting dalam keseluruhan proses makanan dalam penerbangan untuk menjaga kualiti makanan dan piawaian keselamatan dengan suhu yang betul, memelihara kesegaran makanan panas dan makanan biasa, sambil mengekalkan amalan dengan kawalan ketat sepanjang proses.
"Dengan ketiadaan trak hi-lift, MAB menangguhkan sementara penyediaan makanan panas untuk memastikan keselamatan makanan tidak terjejas," katanya.
Pada 1 Sept 2023, MAB memperkenalkan sajian makanan dalam penerbangan yang disesuaikan semula di laluan yang sebelum ini disediakan oleh bekas penyedia kateringnya termasuk kacang tanah dan minuman khasnya, makanan dan minuman ringan dalam bekas pakai buang.
"Perkhidmatan di laluan London, Auckland, Jeddah, Madinah, Osaka dan Haneda kekal tidak terjejas," katanya.
MAB berkata telah menubuhkan pusat pengedaran sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menguruskan pengumpulan barangan makanan dan minuman oleh pembekal masing-masing dan mengangkat kotak makanan di atas pesawat melalui trak hi-lift.
Menurutnys, operasi pusat pengedaran itu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan bagi kebersihan, dan persekitaran yang memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan.
Secara ringkas, kontrak katering yang telah lama terjalin antara MAB dan Brahim's Food Services (BFS) berakhir pada 31 Ogos 2023, selepas rundingan antara kedua-dua pihak sejak suku keempat 2022 tidak mencapai kata putus.
"BFS pada awal Jun 2023, menyampaikan notis pemberhentian perkhidmatan kepada MAB berkuat kuasa 1 Julai 2023, sementara perbincangan masih diteruskan untuk kontrak baharu.
"BFS kemudiannya menarik balik notis itu dan bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan sehingga 31 Ogos 2023," kata MAB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Penumpang kelas perniagaan yang menuju ke semua sektor Asia Selatan juga akan menikmati sate Malaysia Airlines yang terkenal, manakala bandar raya Asean lain akan dihidangkan makanan panas secara berperingkat. - Gambar Bernama
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
MAB terima 10 trak hi-lift baharu untuk saji semula makanan panas kepada pelanggan
MAB berkata trak hi-lift merupakan bahagian penting dalam keseluruhan proses makanan dalam penerbangan antaranya untuk menjaga kualiti makanan dan piawaian keselamatan dengan suhu yang betul.