KUALA LUMPUR:Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah memulakan langkah penstrukturan semula segera untuk terus relevan dan mengekalkan kelangsungannya selepas terpaksa bertindak menyemak semula rancangan perniagaan jangka panjang (LTBP) akibat pandemik COVID-19.
Pendekatan yang diambil termasuk menyusun semula rangkaian dan pesawat penerbangan nasional itu bagi membolehkannya mengharungi ketidaktentuan landskap penerbangan serta jangkaan penyusutan permintaan di masa-masa akan datang.
"Pelan ini yang memerlukan penstrukturan semula perniagaan dan struktur modal Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) yang menyeluruh, juga amat bergantung kepada peranan atau sumbangan individu dan semua pihak berkepentingan yang relevan.
"Ini penting dalam menyokong (usaha) kumpulan untuk keluar daripada krisis ini dengan mempunyai modal mencukupi serta keadaan kewangan yang baik," kata MAB dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menerusi kenyataan itu juga, MAB mengesahkan sudah menghubungi pihak pemberi pajakannya, pemiutang dan pembekal utama berhubung langkah penstrukturan semula yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Namun, tegasnya, sekiranya usaha itu tidak membuahkan hasil, kumpulan tersebut tiada pilihan kecuali melaksanakan langkah lebih drastik.
Apabila MAB dan semua syarikat sekutunya di bawah MAG melancarkan LTBP pada awal 2019, kumpulan itu telah meraih pendapatan bersih selepas cukai (NIAT) menyeluruh yang lebih baik berbanding 2018 iaitu 18 peratus lebih awal daripada sasaran manakala pendapatan kumpulan meningkat 7.0 peratus tahun- pada tahun (YoY).
Menurutnya, peningkatan prestasi NIAT itu mampu dicapai walaupun dalam persekitaran harga bahan api yang tinggi, kenaikan pertukaran mata wang asing (forex) dan impak MFRS16 (standard perakaunan untuk pajakan).
Perolehan bagi tempat duduk kilometer tersedia (RASK) meningkat sebanyak 3.0 peratus manakala pulangan menokok sebanyak 5.0 peratus didorong oleh peningkatan 5.0 peratus dalam tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) YoY.
Syarikat penerbangan itu turut mencatat keputusan RASK pada separuh kedua 2019 yang merupakan RASK tertinggi dalam tempoh tiga tahun.
MAB berkata, ia turut mencatat peningkatan ketara operasi, melepasi sasaran prestasi mengikut masa pada 80 peratus dengan pencapaian sebanyak 83 peratus - angka terbaik sejak 2015 manakala isu kendalian bagasinya telah bertambah baik kepada 5.6 beg bagi setiap 1,000 penumpang iaitu terbaik sejak lima tahun lepas.
Indeks perkhidmatan penggunanya turut meningkat kepada 78 peratus yang juga terbaik dalam empat tahun sebelumnya manakala skor promoter bersih menokok kepada +14 berbanding -22 dalam tiga tahun terakhir ini.
Kumpulan itu juga dijangkakan meneruskan momentum baik pada 2020 namun COVID-19 telah menyebabkan berlakunya tindakan penutupan yang belum pernah berlaku di serata dunia sehingga memaksa syarikat penerbangan menggantung operasi dan hampir semua pesawat tidak dapat digunakan bagi sebahagian besar tempoh pada Mac hingga Jun tahun ini.
Pada kemuncak krisis COVID-19, MAG tetap meneruskan khidmat kepada negara dan pelanggan dengan mengekalkan beberapa hubungan domestik dan meminimumkan penerbangan antarabangsa, kebanyakannya bagi tujuan pergerakan penting, penerbangan pulang selain memastikan rantaian bekalan global dikekalkan menerusi operasi kargo.
Impak kewangan negatif itu menyebabkan kumpulan terpaksa bertindak mengurangkan kos dan mengawal tunai, termasuk melaksanakan potongan gaji yang ketara untuk keseluruhan pasukan pengurusan dan juruterbang, memperkenalkan cuti tanpa gaji, rundingan semula kontrak dalam usaha mengekalkan kelangsungan serta melindungi sebanyak mungkin pekerjaan yang ada.
MAB menjangkakan pandemik itu yang hanya menunjukkan tanda-tanda pemulihan kecil dan mencatat kemunculan semula di beberapa pasaran tanpa sebarang vaksin dihasilkan setakat ini serta sekatan sempadan yang masih dilaksanakan di pasaran utama, akan menjejaskan permintaan penerbangan santai dan perjalanan perniagaan dalam beberapa tahun akan datang.
"Sebagai penerbangan nasional, MAG berhasrat untuk memastikan wujudnya tahap kesalinghubungan berterusan untuk penumpang serta meminimumkan impak ke atas mata pencarian tenaga kerja serta pergantungan industri secara langsung dan tidak langsung terhadap operasinya," katanya.
Menurutnya, sebagai pengupaya ekonomi negara, MAG juga menyedari bahawa sebarang tindakan yang diambil akan memberi impak besar terhadap industri penerbangan secara amnya serta untuk negara.
"Sehubungan itu, ia kekal komited untuk memastikan langkah penstrukturan semula itu dilaksanakan secara adil menerusi sebarang bentuk mekanisme yang bersesuaian," katanya.
Sementara itu, agensi berita Reuters melaporkan MAG berkemungkinan tidak dapat membayar hutangnya selepas November ini kecuali kumpulan itu menerima lebih banyak suntikan modal daripada pemilik tunggalnya, Khazanah Nasional Bhd.
Mengikut surat yang diserahkan kepada pihak pemberi pajakan pada bulan lepas, MAG berkata langkah penstrukturan semula itu dilaksanakan berikutan kumpulan itu menyaksikan "purata perbelanjaan tunai bulanan operasi sebanyak US$84 juta."
Setakat 31 Ogos, MAG hanya menggunakan sejumlah US$88 juta dari segi mudah tunai dan tambahan US$139 juta daripada Khazanah, kata laporan itu.
Menurutnya, Khazanah juga menyokong usaha penstrukturan semula MAB namun opsyen penilaian itu tertumpu kepada bagaimana untuk meneruskan aspek kesalinghubungan Malaysia sekiranya pelan penyusunan semula itu terbukti gagal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020

Pendekatan yang diambil termasuk menyusun semula rangkaian dan pesawat penerbangan nasional itu bagi membolehkannya mengharungi ketidaktentuan landskap penerbangan serta jangkaan penyusutan permintaan di masa-masa akan datang. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.

Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.