Malaysia tidak akan membenarkan provokasi agama atau sebarang perbuatan mengancam atau menghina mana-mana agama dilakukan walaupun atas nama kebebasan bersuara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri menegaskan bahawa kebebasan ada hadnya.
Beliau berkata pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan konflik keagamaan.
"Hormat-menghormati antara satu sama lain merupakan prinsip asas yang perlu kita amalkan bagi menjamin keharmonian negara yang berterusan," katanya dalam mesej yang disiarkan radio tempatan hari ini.
Najib seterusnya berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di beberapa lokasi di dunia seperti di Paris dan Sydney baru-baru ini.
"Dalam konteks 'Charlie Hebdo', kita sama sekali menegah serangan ke atas mereka, namun pada masa sama tidak bermakna kita menerima kegiatan provokasi mereka ke atas agama lain," kata Najib.
Beliau merujuk kepada kejadian Rabu minggu lepas yang menyaksikan serangan ke atas pejabat majalah satira Perancis itu di Paris, yang menyebabkan 12 orang terbunuh.
Majalah itu antara lain pernah menyiarkan kartun bersifat provokatif dan dilihat menghina Nabi Muhammad SAW, perbuatan yang mendapat kecaman umat Islam.
Najib dalam pada itu berkata bagi mempertahankan negara daripada ancaman pengganas seperti ISIS atau dikenali juga sebagai kumpulan militan Negara Islam (IS), pihak berkuasa sudah memulakan operasi mengesan dan menahan mereka yang terlibat dengan kumpulan seperti itu.
Beliau menarik perhatian bahawa Kertas Putih bagi menangani ancaman IS dibentangkan di Parlimen pada November tahun lepas dan rang undang-undang antikeganasana baharu akan dibentangkan pada Mac.
Bernama
Fri Jan 16 2015
Perdana Menteri berkata pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan konflik keagamaan. - Gambar Fail
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Kerajaan disaran kaji semula kontrak bekalan alat ketenteraan dari Perancis
Akhramsyah berpendapat tindakan itu dikhuatiri akan membahayakan negara jika rakan kongsi negara berkenaan terus mengamalkan sikap anti Islam.
Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis
Pendekatan Presiden, Emmanuel Macron yang dilihat menekankan nilai permusuhan dan Islamofobia, menyukarkan lagi jalan perdamaian.
Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M
Dr Mahathir menegaskan, Perancis harus mendidik rakyatnya agar menghormati perasaan orang lain.
Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis
Dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.
Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim
Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ini kerana tindakan itu dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak harmoni antara penganut berbilang agama di negara ini.
Macron tidak hormat kebebasan beragama, bersifat perkauman - NGO
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menegaskan rakyat Malaysia perlu untuk bangkit bersama menunjukkan bantahan mengikut ruang lingkup undang-undang.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya ucapan benci dan fitnah Islam
Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi manusia selagi mana ia digunakan secara bertanggungjawab dan penuh hormat, sekali gus tidak menafikan serta melanggar hak pihak lain.
Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.
Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis
Dr Zulkifli menulis surat khusus berhubung isu karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo kepada Duta Perancis di Malaysia.
Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
Protes itu juga sebagai respons kepada tindakan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mempertahankan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa kartun itu ke dalam kelasnya.