Malaysia akan mengkaji pengalaman United Kingdom (UK) menangani aktiviti pemerdagangan manusia dari segi pendekatan dan langkah-langkah pencegahan melalui undang-undang lebih ketat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ini termasuk melihat sama ada Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) yang sedang dikuatkuasakan di Malaysia perlu diperketatkan supaya menjadi lebih berkesan.
'Di UK undang-undangnya ada peruntukan hukuman penjara seumur hidup sedangkan di Malaysia hukuman maksimum hanya 10 tahun penjara sahaja. Ini menjadikan Malaysia seolah-olah masih boleh bertoleransi terhadap kegiatan itu berbanding UK,' katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan malam bersama-sama diaspora Malaysia di sini pada Isnin malam.
Pada sebelah petang, Ahmad Zahid yang sedang dalam rangka lawatan empat hari ke UK, bersama-sama delegasi rombongan Malaysia mendengar taklimat dan mengadakan perbincangan dengan pihak UK di London mengenai Perhambaan Zaman Moden atau lebih dikenali dengan istilah pemerdagangan manusia di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata antara lainnya Malaysia akan melihat kesesuaian tentang keperluan bagi meminda undang-undang ATIPSOM, bukannya mengikut acuan UK tetapi lebih kepada pengalaman negara itu mengurangkan kemasukan pihak yang menjadi mangsa perhambaan zaman moden apabila undang-undang berkaitan diperketatkan.
Ahmad Zahid berkata dalam taklimat pada sebelah petang itu, rombongan Malaysia dimaklumkan tentang pendekatan digunakan kerajaan UK untuk mengawal dan mengurangkan kegiatan pemerdagangan manusia untuk dijadikan buruh paksa atau hamba seks, dengan turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam soal pemulihan.
'Di UK mereka mengadakan jalinan dengan pihak NGO untuk memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa berkenaan yang menjalani proses pemulihan.
'Kami juga dimaklumkan tentang bagaimana pencegahan dilakukan bagi menyekat mangsa-mangsa ini daripada masuk ke UK. Antara lain mereka menjalinkan kerjasama dengan pejabat kedutaan dan pejabat konsulat supaya mereka yang bakal masuk itu dapat disekat lebih awal," katanya.
Satu lagi pendekatan di UK, katanya ialah pengunaan pakar psikologi serta beberapa pihak dari negara asal mangsa bagi membantu mengatasi masalah trauma yang dialami mangsa.
'Elemen-elemen ini belum dapat dilaksanakan di Malaysia kerana mangsa tidak datang untuk mengadu kecuali jika ada laporan kepada pihak berkuasa di Malaysia,' katanya.
Sementara itu, pada jamuan malam diaspora Malaysia, Ahmad Zahid mengingatkan rakyat Malaysia di luar negara supaya sentiasa besyukur dengan peluang mereka dapat melanjutkan pelajaran di luar negara dan sentiasa menjaga nama baik negara.
Mereka juga diminta supaya rasional dalam analisis terhadap maklumat yang diterima mengenai perkembangan yang berlaku di Malaysia, khususnya daripada media alternatif dan media sosial kerana kebanyakan maklumat itu bersifat separuh benar dan tidak berasaskan kepada etika kewartawanan.
Analisis mereka hendaklah berdasarkan minda dan bukan berdasarkan perasaan, katanya.
Hampir 200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di UK menghadiri jamuan malam itu.
Bernama
Tue Nov 10 2015

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) semasa menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) pada majlis Makan Malam "Malaysian Diaspora" sempena lawatan kerjanya di UK pada Isnin. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.