Malaysia masih mampu mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju jika kerajaan bersedia mengurangkan dan berhemah dalam perbelanjaannya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kerajaan perlu segera mengenal pasti dan menghentikan projek dan peruntukan tidak perlu dan memberi keutamaan kepada projek yang penting sahaja.
"Saya mencadangkan (kerajaan) agar lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Kerajaan perlu meneliti sama ada apa yang ia belanjakan sekarang adalah perlu. Banyak daripada peruntukan itu tidak perlu," katanya.
Dr Mahathir, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Sumbangan Satu Bilion Dollar Untuk Pembinaan Semula Gaza di Shaftsbury Asteria, di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas bahawa kerajaan akan memotong perbelanjaan operasi sebanyak RM5.5 bilion kepada RM217.94 bilion. Jumlah itu bagaimanapun, tidak termasuk sebarang perbelanjaan tambahan.
Katanya kerajaan telah membuat perancangan, dan dengan strategi yang betul dan kerja keras, negara masih mampu mencapai status negara maju.
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata dengan peruntukan yang kurang akibat kejatuhan harga minyak global, adalah penting bagi kerajaan untuk memotong perbelanjaan tidak perlu.
"Projek-projek perlu dikenal pasti dan potong sahaja peruntukannya. Kita tahu yang kita tidak ada banyak wang, jadi kita mesti cari cara untuk kurang berbelanja. Apabila kita kaya, kita buat macam orang kaya, dan apabila kita miskin, kita perlu buat macam orang miskin," katanya.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata beliau melihat wujud reaksi hipokrit antara respons terhadap serangan terhadap majalah satira Charlie Hebdo di Perancis, sedangkan negara-negara Barat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan pembunuhan ribuan penduduk Palestin.
"Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada kartunis berkenaan dan saya mengutuk keganasan. Tetapi negara-negara Barat dilihat lupa tentang kira-kira 200,000 orang yang telah dibunuh, rumah dan bandar mereka dimusnahkan di Palestin dan Gaza.
"Sesetengahnya adalah bayi dan kanak-kanak manakala yang cedera kebanyakannya orang tua. Apabila beribu-ribu orang dibunuh, tiada siapa di dunia barat bersedih ataupun menangisi nasib mereka," kata Dr Mahathir.
Sehubungan itu, beliau menggesa negara-negara Islam untuk kekal bersatu dan berjuang untuk kebebasan bersama, serta merumuskan strategi betul untuk menamatkan penderitaan itu dan terus membantu pembinaan semula Gaza.
"Kita dapat melihat perubahan kuasa apabila beberapa negara Eropah mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. Kita perlu memanfaatkan ini dengan tidak menyebabkan mereka marah, sebaliknya pupuk persahabatan supaya mereka membantu perjuangan kita dan menukar fikiran mereka," katanya.
Berhubung sumbangan, Dr Mahathir berkata sumbangan akan disalurkan untuk pembinaan semula infrastruktur di Gaza termasuk sektor kesihatan, perumahan, pertanian, air, pembetungan, bekalan elektrik, telekomunikasi dan pembuatan.
Negara Arab dan Suruhanjaya Antarabangsa bagi Pembinaan Semula Gaza bersama-sama dengan Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (MySET) dan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) akan bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam pembinaan semula Gaza bagi membolehkan penduduknya mendapat peluang untuk membina semula kehidupan mereka.
Bernama
Sat Jan 24 2015

TUN M: Malaysia masih mampu mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju jika kerajaan bersedia mengurangkan dan berhemah dalam perbelanjaan. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.