Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyarankan majikan supaya memberi kelulusan cuti khas kepada pekerja yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan bagi membantu merealisasikan harapan mendapatkan cahaya mata.
Beliau berkata majikan juga boleh memberikan insentif atau pembiayaan khas kepada kakitangan yang menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan itu yang membabitkan kos tinggi.
"Majikan juga boleh menimbang memasukkan kos pembiayaan rawatan subfertiliti dalam senarai jenis rawatan yang ditanggung oleh panel kesihatan majikan.
"Menjadi tanggungjawab semua pihak iaitu kerajaan, keluarga malah majikan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada pasangan bermasalah untuk mendapatkan rawatan kesuburan," katanya pada majlis Jalinan Kasih Memenuhi Harapan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Persatuan MyEndorsis Selangor dan Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi LPPKN Datuk Mariam Mas Yaakob.
Rohani turut mencadangkan industri insurans kesihatan supaya memasukkan rawatan kesuburan sebagai satu daripada jenis penyakit yang dinsurans kerana selama ini ia tidak dikira sebagai penyakit walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap sebaliknya.
Dalam pada itu, beliau berkata sejak 1979, LPPKN memberikan rawatan kesuburan dan merekodkan lebih 4,000 kehamilan.
"LPPKN mempunyai kemudahan, kepakaran dan pengalaman dalam memberikan perkhidmatan subfertiliti dengan kos yang berpatutan," katanya.
Menurutnya kadar kesuburan di negara ini dijangka mengalami penurunan sehingga 1.91 peratus pada 2020 berbanding 6.7 peratus pada 1957.
Senario penurunan kadar kesuburan itu akan menjadikan negara mempunyai lebih ramai warga tua pada masa hadapan berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata beliau.
"Malaysia juga dijangka menjadi negara tua menjelang 2030 apabila lebih 15 peratus daripada populasi rakyat mencapai umur 60 tahun ke atas pada waktu itu. Jika perkara itu tidak ditangani, negara kita diunjurkan mencapai 24 peratus warga tua menjelang 2030," katanya.
Statistik subfertiliti atau masalah ketidaksuburan yang direkodkan LPPKN bagi tempoh 2012 hingga 2016 mencatatkan 5,765 kes baharu yang telah mendaftar dengan badan berkenaan manakala kes ulangan adalah sebanyak 37,930 kes.
Sebanyak 3,186 kes telah menjalani kaedah rawatan subfertiliti dan 625 individu (20 peratus) berjaya hamil, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017
![Luluskan cuti khas pekerja mahu jalani rawatan kesuburan - Rohani Luluskan cuti khas pekerja mahu jalani rawatan kesuburan - Rohani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491644932_RohaniAbdKarim.jpg)
ROHANI: Kadar kesuburan di negara ini dijangka mengalami penurunan sehingga 1.91 peratus pada 2020 berbanding 6.7 peratus pada 1957.
![Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719654005_Bersatu.jpg)
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
![Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721253254_OpPintasMega.jpg)
Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan
Remaja terbabit disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di kilang memproses bahan kitar semula berkenaan sejak lebih setahun lalu.
![Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721252554_DickSchoof.jpg)
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
![Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI
Syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.
![Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721251255_MIDA.jpg)
Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
![Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714212749_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB
AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.
![Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
![ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649228054_TBADBBOX.jpg)
ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
![Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721222006_SaraswathyKandasami.jpg)
Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
![Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712960872_KeluargaustazFarid.jpg)
Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri
Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.
![Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/41445935264_Mothers.jpg)
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
![Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024 Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704062103_SambutanAmbangTahu.jpg)
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim
![Graduan Palestin hadir majlis konvokesyen tanpa keluarga tercinta Graduan Palestin hadir majlis konvokesyen tanpa keluarga tercinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699180806_GraduanwargaPalest.jpg)
Graduan Palestin hadir majlis konvokesyen tanpa keluarga tercinta
Ibu, bapa serta ahli keluarga Hanan Kamel tidak dapat hadir menyaksikan majlis konvokesyennya disebabkan konflik yang melanda negaranya ketika ini.
![Kos makan luar antara RM200 hingga RM2,500 sebulan Kos makan luar antara RM200 hingga RM2,500 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695520295_Kosmakan.jpg)
Kos makan luar antara RM200 hingga RM2,500 sebulan
Mereka berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.
![Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692372778_HusseinOmarKhan.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
![Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686888463_MuridSekolah.jpg)
Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan
Antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah, taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru.
!['Saya yang kena tuduh, saya pula kena isytihar harta' - Tun M 'Saya yang kena tuduh, saya pula kena isytihar harta' - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683265867_AnwarIbrahimMahathir.jpg)
'Saya yang kena tuduh, saya pula kena isytihar harta' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan kuasa untuk memewahkan diri dan keluarga.
![Keluarga Malcolm X fail saman ke atas FBI, CIA dan polis Keluarga Malcolm X fail saman ke atas FBI, CIA dan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677023061_MalcolmX.jpg)
Keluarga Malcolm X fail saman ke atas FBI, CIA dan polis
Jabatan Polis New York dalam pada itu enggan mengulas proses perundangan yang masih berjalan.