KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengakui amat terkesan dengan pemergian mengejut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, malam tadi.
Menurut Young Syefura yang juga dikenali sebagai Rara, Allahyarham Salahuddin sudah dianggap beliau seperti bapa sendiri yang banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat.
"Satu berita yang sangat mengejutkan. Datuk Seri Salahuddin seperti bapa saya sendiri, memang kami selalu berjumpa. Dia selalu bagi nasihat kepada saya
"Beberapa bulan sekali kami akan makan malam.Berbincang dan berkongsi dan bila perkara ini terjadi saya tak sangka," katanya kepada media ketika ditemui di kediaman ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Kongsi Young Syefura, kali terakhir beliau berjumpa dengan Allahyarham Salahuddin ialah di Pulau Pinang.
"Arwah nampak sangat sihat dan ceria. Malah kami dan rancang lepas PRN (pilihan raya negeri) nanti untuk bertemu dan makan bersama tapi tak sangka benda ini berlaku. Luluh hati saya bila dapat berita ini," katanya memaklumkan negara kehilangan individu yang banyak berjasa kepada negara.
Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB, pada jam 10.15 malam Jumaat lalu, untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Pemeriksaan doktor pakar kemudiannya mengesahkan Ahli Parlimen Pulai itu mengalami pendarahan otak.
Salahuddin kemudiannya menjalani pembedahan pada pagi Sabtu, sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.23 malam tadi.
Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh anak beliau di laman Facebooknya, Fatihah Salahuddin.
Faida Rahim
Mon Jul 24 2023

Young Syefura Othman tiba di kediaman ibu Salahuddin Ayub di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman sebelum perlawanan
ACP Siti Nor Salawati berkata, dalam kejadian jam 7 petang itu dipercayai remaja tersebut datang ke stadium bersama adiknya.

Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.

Kakak maut, adik parah dalam kemalangan motosikal dengan lori
Dalam kejadian jam 2.10 petang itu, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis SYM Sport meninggal dunia di tempat kejadian.

Keluarga lelaki maut didakwa diserang anggota polis mahu keadilan
Pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Langkawi.

Nahas trak tentera: 'Mak cik ampunkan, halalkan makan minum, susu mak cik bagi pada dia'
Ibu kepada salah seorang daripada tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat, masih terkejut.

Mayat lelaki ditemui terdampar di Sungai Kedah
Mayat terbabit ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh polis yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah.

Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di UTC Kedah
Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di ruang penghawa dingin

Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadut
Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.

Luluh hati Young Syefura terima berita pemergian Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub dianggap Young Syefura seperti ayah kandung sendiri yang tidak pernah jemu berkongsi nasihat dan tunjuk ajar.

Keadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil - Dr Zaliha
Katanya, pihaknya akan melawat Salahuddin hari ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.