ALOR SETAR: Ibu kepada salah seorang daripada tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Kilometer 75 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Jumaat, masih terkejut dan tidak menyangka tragedi menyayat hati berlaku ke atas keluarganya.
Menurut Ruzita Zulkifli, 58, dia terkejut apabila diberitahu suaminya Haris Hamzah, 71, bahawa ada menerima panggilan memaklumkan anak lelaki mereka, Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, maut dalam kemalangan.
"Apabila abah dia (arwah) bagi tahu (berita kemalangan), mak cik kata tak betul abah. (Mak cik rasa) bukan dia, dia tak meninggal lagi.
"Mak cik tak boleh terima (dan) mak cik rasa macam mimpi tapi kena terima juga, kena reda," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ruzita berkata, dia reda dan dapat menerima hakikat selepas anak ketiga mengesahkan kejadian terbabit.
Menurutnya, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik seorang yang taat pada agama dan bertanggungjawab kepada ibu bapa serta keluarga.
"Mak cik nak bisik dekat telinga dia (arwah) mak cik ampunkan dia, mak cik halalkan makan minum dan susu mak cik bagi pada dia, cuma itu sahaja mak cik nak bisik dekat telinga dia. Semoga ditempatkan di tempat orang yang beriman, dia anak yang baik," katanya.
Adik ipar Allahyarham, Ahmad Aizat Ishak, 27, berkata, dia telah memaklumkan kejadian itu kepada isteri mangsa, Nur Hasni Ishak, 32.
Ahmad Aizat memaklumkan, kakaknya kini dalam perjalanan dari rumah sewanya di Pengkalan Hulu ke HSB.
Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu memandangkan mangsa bersikap seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarangan perubahan.
Jenazah Mohd Hafiz akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau sebaik selesai urusan bedah siasat.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Adie Sufian Zulkefli
Fri Feb 02 2024

Ruzita (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas anaknya terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gurun pada Jumaat.- Foto Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Nahas trak tentera: 'Mak cik ampunkan, halalkan makan minum, susu mak cik bagi pada dia'
Ibu kepada salah seorang daripada tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat, masih terkejut.

Polis kenal pasti identiti tiga anggota tentera maut kemalangan
Polis telah mengenal pasti identiti tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, di Gurun.