ALOR SETAR: Seorang adik kepada mangsa yang meninggal dunia dan didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian lelaki tersebut.
Salwana Salleh dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat mengesahkan kematian abangnya, Mohd Hafiz Salleh.
Jenazah abangnya itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, bagi proses bedah siasat dan dibawa pulang semula ke Langkawi untuk urusan pengebumian.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Langkawi dan video kejadian kini telah tular.
“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah," katanya yang dipetik di media sosialnya.
Sejak beberapa hari lalu tular sebuah video beberapa individu dipercayai anggota polis cuba menahan seorang lelaki dipercayai Mohd Hafiz dengan cara yang dianggap keterlaluan.
Seorang pengguna Facebook, Putera Aizo pula mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dirawat selama dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
Dakwanya, kejadian itu berlaku semasa serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak di Ayer Hangat pada 29 Januari lalu.
"Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera parah di kepala dan bahagian lain serta terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.
"Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah," tulisnya.
Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan masih belum dapat setakat ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024

Video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Keluarga lelaki maut didakwa diserang anggota polis mahu keadilan
Pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Langkawi.