LIPIS: Projek pembinaan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dijangka dapat menyingkatkan masa perjalanan Kuala Lumpur-Kelantan kepada tiga jam sahaja, walaupun pada musim perayaan yang kini memakan masa hampir 20 jam.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, LTU yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) merupakan salah satu dari projek berimpak besar di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) yang melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang yang melibatkan kos RM10 bilion dengan jarak lebih 350 kilometer.
"Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 ini akan memberi kemudahan laluan kepada sebanyak dua juta kenderaan ketika waktu puncak termasuk musim perayaan dan cuti sekolah.
"Kalau jalan yang ada sekarang ini, ia mengambil masa 18 hingga ke 20 jam perjalanan Kuala Lumpur-Kelantan semasa musim perayaan, tetapi apabila LTU siap ia boleh menjimatkan begitu banyak masa, jarak dan kos.
"Jangkaan masa perjalanan itu boleh dicapai mengambil kira jarak perjalanan dari Kuala Lumpur (sempadan Bentong) ke Gua Musang, selain LTU mempunyai empat lorong dan tiada plaza tol," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika membuat tinjauan ke tapak projek LTU Seksyen 3J, Lipis di Kampung Selindang, Padang Tengku di sini hari ini.
Hadir sama Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Ahli Dewan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long; Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan KKR, Datuk Zahrul Hakim Abdullah; Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JKR (Sektor Infrastruktur), Datuk Ir. Zulkipli Nasri; Pengarah JKR Pahang, Datuk Ir. Hafizah Zakaria.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, LTU turut menjadi alat perdagangan pelabuhan darat yang membawa hasil dagangan dari Kelantan ke Pelabuhan Klang.
"Kita tidak ada pelabuhan laut dan sungai untuk bawa hasil dagangan ke Pelabuhan Klang.
"Dengan kewujudan LTU ini kenderaan berat akan melalui jalan ini dengan cepat dan jimat masa," ujarnya.
Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata tinjauan dilakukan di LTU Seksyen 3J, Lipis hari ini, bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi kontraktor bagi memastikan projek itu dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.
"Seksyen 3J melibatkan skop kerja pembinaan jalan baharu berkembar empat lorong dua hala (K2-2) piawaian JKR R5 sepanjang 6.95 kilometer dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong, pembinaan lima buah jambatan, dua Vehicular Box Culvert (VBC) dan pengambilan balik tanah.
"Projek yang memakan kos sebanyak RM257 juta ini telah mula dibina pada 29 Jun 2020 dan dijangka siap pada 24 Julai 2024 dengan kemajuan terkini sebanyak 14.10 peratus," jelasnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Jan 26 2023

Abdul Rahman (tiga dari kiri) berkata, LTU yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) merupakan salah satu dari projek berimpak besar di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR). - Gambar/ Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.

KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.

Sultan Pahang titah kerajaan pertimbang semula pembinaan R&R di LTU
Keperluan R&R di lebuh raya berkenaan penting untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi pampasan kepada 177 pemilik rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang laluan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama siap 63.35 peratus - Alexander
Sebanyak 63.35 peratus daripada hampir 300 km laluan LTU yang menghubungkan persimpangan LPT di Bentong, Pahang dengan Kuala Krai, Kelantan telah siap.

Tragedi balik kampung: Suami isteri maut, kereta langgar tembok pembahagi jalan
Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Kilometer (KM) 8 Lingkaran Tengah Utama dekat Lipis.

Isu pasca-COVID-19, pengambilan tanah punca utama kelewatan LTU - Nanta
Kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang binaan turut menjadi punca kelewatan pembinaan projek berkenaan yang melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang sejauh lebih 300km.

LTU kurangkan masa perjalanan KL-Kelantan kepada 3 jam - KKR
LTU dijangka dapat menyingkatkan masa perjalanan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur-Kelantan kepada tiga jam sahaja, walaupun pada musim perayaan.