KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan dan proses rawatan air di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) berikutan insiden pencemaran di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, telah mencapai tahap 59 peratus setakat 9 malam ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini menyebut, bekalan air bersih dijangka akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula jam 12.30 tengah malam ini (1 Mei 2022).
Menurut Air Selangor, bekalan air di kawasan-kawasan terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada 3 petang, 1 Mei 2022.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," menurut kenyataan itu.
BACA: 463 kawasan di Selangor alami gangguan bekalan air
Menurut Air Selangor, bantuan lori tangki masih lagi digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal dan Air Selangor telah berusaha untuk meminimumkan impak gangguan air tersebut kepada pengguna yang terjelas.
Bagi sebarang pertanyaan para pengguna boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 ataupun Help Centre di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022

Menurut Air Selangor, bekalan air di kawasan-kawasan terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada 3 petang, 1 Mei 2022.

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.

Pencemaran bau: LRA Sungai Semenyih dihenti tugas
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan berlaku pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer (km) daripada muka sauk Jenderam Hilir pada jam 6.30 petang Sabtu.

Gangguan bekalan air di 472 kawasan: 80 peratus pulih pagi ini - Air Selangor
Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak.

Pemulihan bekalan air ke empat daerah lebih 51 peratus - Air Selangor
Menurut Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Gangguan air malam Krismas: Bacaan 0 TON tiga kali, bekalan air mula diagih secara berperingkat
Pengoperasian semula melibatkan proses pembersihan rawatan air yang dijangka mengambil masa lebih kurang 12 jam.

Air Selangor: Bekalan air di 472 kawasan pulih sepenuhnya
Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

Bekalan air: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini
Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang ini.

LRA Sungai Semenyih: Kerja pembersihan capai 59 peratus - Air Selangor
Menurut Air Selangor, bekalan air di kawasan-kawasan terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada 3 petang, 1 Mei 2022.

Bekalan Air Selangor dijangka pulih sepenuhnya malam ini
Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam ini.

Pencemaran Sg Semenyih: Bekalan air pulih 92.2 peratus - Air Selangor
Proses pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat, bergantung kepada tekanan air dan jarak lokasi kediaman pengguna dalam sistem agihan bekalan air.

463 kawasan di Selangor, Putrajaya dijangka alami gangguan bekalan air sekali lagi
Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu hantaran di Facebook rasminya, memaklumkan pencemaran itu dikesan pada pukul 5.15 petang.