KUALA LUMPUR: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, mencapai 80 peratus sehingga jam 9 pagi ini.

Menurut Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," katanya menerusi kemas kini di Twitter.

Berikut adalah senarai kawasan dan peratusan pemulihan setakat 10 pagi:



Difahamkan, bekalan air bagi kawasan terjejas akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi dijangka pulih sepenuhnya pada jam 2 petang ini, manakala kawasan terjejas oleh henti tugas sementara LRA Sungai Semenyih dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.

Terdahulu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7 pagi semalam, berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir mengakibatkan henti tugas sementara di kedua-dua LRA.