Pengedar filem kontroversial Vishwaroopam, Lotus Five Star Sdn Bhd telah membelanjakan hampir RM4 juta dalam usaha menayangkan filem itu di Malaysia.
Seorang pegawai syarikat itu, memberitahui Astro Awani bahawa selain daripada kos hakcipta sebanyak RM3 juta untuk membeli filem itu dari India, kos cetak sebanyak RM400,000 dan kos aktiviti promosi sebanyak RM150,000, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian tidak berjadual untuk pemulangan tiket.
“Kamal Hassan merupakan seorang pelakon yang popular dam filemnya dinanti-nantikan oleh peminatnya di sini. Untuk filem Vishwaroopam, peminat-penimatnya telah membuat penempahan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal daripada penyiaran filem itu untuk mendapatkan tiket.
“Selepas filem itu ditarik balik, kami terpaksa memulangkan wang tempahan. Sebanyak 300,000 tiket berharga RM10 telah ditempah di 65 pawagam,” kata beliau.
Namun demikian, pegawai itu berkata syarikat itu masih bersikap positif.
“Selepas melalui deti-detik perit ini, kami hanya mahu filem ini diberi lampu hijau untuk ditayangkan.
“Pengarah-pengarah kami telah pun berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Isnin untuk membincangkan penarik balikan filem itu. Kami telah pun membincangkan masalah kami bersama beliau,” katanya.
Pegawai itu juga berkata bahawa syarikatnya telah berjumpa dengan kumpulan Muslim yang membantah penyiaran filem itu.
“Kumpulan Muslim itu bersetuju bahawa sekiranya bahagian-bahagian kontroversi di dalam filem itu disunting, mereka tidak ada bantahan tentang penyiaran filem itu.”
Sementara itu, penerbit dan pengarah filem tempatan bersetuju bahawa lebih baik untuk versi filem yang disunting disiarkan.
Pengarah dan pelakon M. Subash berkata larangan untuk tidak menyiarkan filem itu tidak adil kepada syarikat penerbitan.
“Saya telah menonton filem itu. Sebagai pengarah filem, filem itu adalah suatu karya yang hebat dengan jalan cerita yang menakjubkan.
“Namun, saya bersetuju yang sesetangah bahagian filem itu agak sensitif. Contohnya, ada suatu adegan di mana sesi doa Islam tidak diketuai oleh 'Imam'. Sesetengah orang mungkin mendapati adegan ini sangat menyinggung perasaan. Jika bahagian-bahagian seperti itu disunting keluar, maka filem itu akan sempurna,” kata beliau.
Penerbit dan artis Vijay Emergency berkata ini adalah kali pertama satu filem yang telah ditayangkan dan kemudian ditarik balik di Malaysia.
“Memang benar syarikat penerbitan akan menanggung kerugian susulan penarik balikan filem itu tetapi ia adalah lumrah dalam industri ini. Kita ambil risiko setiap hari.
“Dalam kes Vishwaroopam, jikalau bahagian-bahagian sensitif disunting keluar, ia boleh disiarkan. Jika ini bermakna filem tiga jam itu dipendekkan menjadi hanya satu setengah jam akan memuaskan hati semua orang, maka ini patut dilakukan.
Filem itu ditarik balik tayangannya di Malaysia selepas kumpulan Muslim mengadakan tunjuk perasaan mengenainya.
Di Tamil Nadu, filem itu ditarik balik selepas tunjuk perasaan oleh kumpulan Muslim mengenai kandungan anti-Islam di dalamnya.
Semalam, Kamal Hassan berhujah bahawa Vishwaroopam, yang sepatutnya ditayangkan di Tamil Nadu pada 11 Januari, akan disiarkan di seluruh Tamil Nadu pada 7 Februari ini.
T K Letchumy Tamboo
Wed Feb 06 2013
![Lotus Five Star belanja RM4 juta untuk Vishwaroopam Lotus Five Star belanja RM4 juta untuk Vishwaroopam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360147090_120x90.jpg)
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Tiket harga RM10 temui Rajinikanth, Kamal Hassan Tiket harga RM10 temui Rajinikanth, Kamal Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41509985373_Rajinikanth.jpg)
Tiket harga RM10 temui Rajinikanth, Kamal Hassan
Program dikenali sebagai 'Natchathira Vizha 2018' itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Jan tahun depan.
![KDN benarkan Vishwaroopam ditayang KDN benarkan Vishwaroopam ditayang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41360497717_295x200.jpg)
KDN benarkan Vishwaroopam ditayang
Kementerian Dalam Negeri telah membenarkan tayangan filem kontroversi Tamil "Vishwaroopam", berkuatkuasa hari ini.