TAPAH: Seorang anggota polis cedera apabila sebuah lori kontena merempuh pagar dan pondok kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 1.20 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima pangggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba jentera ke lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah.
“Terdapat seorang anggota polis yang sedang bertugas di pondok kawalan dan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya lagi, ketua operasi mengaplikasikan konsep menyelamat dan membawa mangsa yang cedera ke hospital menggunakan jentera EMRS.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zulkaply Hamad tamat jam 1.49 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis menahan pemandu lori yang berusia 31 tahun tersebut, yang akan direman bagi membantu siasatan.
Menurutnya dalam satu kenyataan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan berbahaya.
“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapatinya negatif dadah. Semakan lanjut juga mendapati suspek tidak memiliki rekod saman lampau dan terkini,” katanya.
Jelasnya, anggota polis yang bertugas di pos pengawal tersebut mengalami kecederaan patah satu gigi hadapan, luka di bahagian mulut serta cedera di tangan kiri dan dirawat di Hospital Tapah.
Tambah beliau, kemalangan dipercayai berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, membawa muatan kerusi meja.
Menurut Wan Azharuddin, apabila tiba di lokasi kemalangan, lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pos pengawal serta pagar utama IPD Tapah.
Wan Azharuddin menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan tidak menunggang atau memandu secara merbahaya sehingga mengundang padah kepada diri sendiri dan pengguna lain.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jun 27 2023
Kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah di mana terdapat seorang anggota polis yang sedang bertugas. - Foto JBPM Perak
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Lori kontena rempuh pondok kawalan, polis cedera, pemandu ditahan
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian lori rempuh pondok polis itu pada 1.20 pagi.