KUALA KANGSAR: Seorang lelaki cedera parah setelah lori kontena muatan barangan elektronik yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 247.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini tengah malam tadi.
Mangsa yang merempuh belakang treler jenis Nissan yang membawa muatan bahan kimia itu, tersepit di bahagian pemandu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 12.18 tengah malam.
"Kemalangan membabitkan sebuah lori kontena membawa barangan elektronik melanggar belakang sebuah treler muatan bahan kimia.
"Bagaimanapun tiada kebocoran pada tangki bahan kimia treler itu, namun terdapat seorang mangsa dari lori kontena yang parah tersepit di bahagian pemandu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujarnya lagi, pemandu treler tidak mengalami kecederaan dan selamat dalam insiden itu.
Sehubungan itu katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa berkenaan.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans bagi tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Saiful Hanif Mahmad Ayub itu tamat pada jam 1.58 pagi.
Aida Aziz
Tue Aug 09 2022

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan pemandu lori yang tersepit. - Foto JBPM Perak
Geng parang rompak hab penghantaran barang
Sekumpulan penjenayah bersenjata parang rompak syarikat hub penghantaran barangan dan melarikan wang tunai RM46,000.
Guan Eng pertahan jawatan, tolak spekulasi tarik diri
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menafikan spekulasi bahawa beliau akan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung pada Ahad.

Kes bunuh warga emas: Polis rakam keterangan enam individu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).

Daerah Kuala Kangsar catat kes jenayah siber tertinggi - MCPF
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Perak memaklumkan daerah Kuala Kangsar mencatatkan jumlah jenayah siber paling tinggi di negeri ini berbanding daerah lain.

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar hari ini.

Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.

Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.26 pagi.

'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.

Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak
Siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu wanita itu dari arah Kuala Kangsar menuju arah Manong.

Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.