RAUB: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang lelaki RM50,000 selepas mengaku bersalah melombong emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Kechau dalam daerah Lipis, dekat sini, Mac lepas.
Hakim Ahmad Faizadh Yahaya juga memerintahkan Liew Lok Shong, 59, yang beralamat di Selangor, menjalani hukuman penjara 12 bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.
Ahmad Faizadh turut mengarahkan sebuah jengkaut dan enjin air yang disita Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada hari kejadian dilucut hak kepada kerajaan negeri.
Liew didakwa melakukan perlombongan tanpa lesen atau pajakan yang sah di hutan tersebut pada 12.40 tengah malam, 10 Mac lepas, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh terbongkar selepas Bahagian Penguatkuasaan UPNP menemukan sebuah jengkaut dan enjin air ditinggalkan dalam keadaan masih beroperasi, selepas individu di situ menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Liew kemudiannya menuntut dan mengaku sebagai pemilik jengkaut tersebut.
Pemeriksaan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mendapati tiada kelulusan dikeluarkan bagi aktiviti perlombongan di kawasan itu manakala ujian sampel jenis mineral di tempat itu oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesahkan ia mengandungi emas.
Pada prosiding itu, Liew yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan atas alasan dia kini bekerja sendiri dengan pendapatan bulanan RM3,500, selain telah insaf.
Bagaimanapun Pegawai Pendakwa UPNP Taqiuddin Azizan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan sama.
"Kes perlombongan haram menyebabkan berlaku ketirisan hasil yang tinggi kepada kerajaan negeri dan lebih teruk lagi ia mengganggu kelestarian alam sekitar," katanya.
Pendakwaan turut dikendalikan Pegawai Pendakwa UPNP Muhamad Najmi Zaki.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Hakim juga memerintahkan Liew Lok Shon menjalani hukuman penjara 12 bulan, jika gagal menjelaskan denda itu. - Gambar hiasan

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.

Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.

Lombong emas secara haram, lelaki didenda RM50,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang lelaki RM50,000 selepas mengaku bersalah melombong emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Kechau dalam daerah Lipis, dekat sini, Mac lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10 pakar dikerah bantu usaha menyelamat pelombong terperangkap
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan lebih 220 anggota Basarnas, polis dan tentera telah dikerah di Pancurendang.

Lagi aktiviti perlombongan haram nadir bumi dikesan di Negeri Sembilan
Satu aktiviti disyaki perlombongan haram nadir bumi (REE) ditemukan di kawasan tanah pertanian di Sungai Muntoh, Titi, Jelebu pada Khamis lalu.

Lombong emas haram runtuh di Sulawesi Tengah, misi menyelamat mangsa dipergiat
Setakat ini, kira-kira 15 orang berjaya diselamatkan manakala tiga sudah disahkan maut.

Lombong haram bijih timah ditemui dalam hutan simpan di Hulu Perak
Hasil pemeriksaan, dua pelombong ditahan dan enam motosikal serta peralatan perlombongan dan khemah disita.

60 tertimbus bawah runtuhan lombong emas di Sulawesi
Setakat jam 5 pagi waktu tempatan, seorang dijumpai maut akibat runtuhan tersebut manakala 13 yang lain telah diselamatkan.