TUMPAT: Apabila tibanya bulan Ramadan, rata-rata umat Islam pasti akan mencari pemanis mulut sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa dan di Kelantan antara yang menjadi kegemaran ialah 'locong'.
Pengusaha locong, Mariani Ismail, 48, atau lebih dikenali 'Mariani Locong' berkata juadah seakan-akan cendol itu, namun lebih berwarna-warni dengan warna seperti merah, merah jambu, hijau dan kuning, mempunyai rasa yang kenyal serta lembut.
"Sebenarnya locong ini berasal dari Thailand dan jarang rakyat tempatan yang membuatnya. Oleh sebab itu, kerana permintaannya juga terlalu tinggi, saya mengusahakannya sendiri di rumah sejak 10 tahun yang lalu.
"Kalau dilihat secara kasar locong ini senang dimasak, tetapi memerlukan kesabaran dan penelitian yang tinggi kerana kemahiran untuk mengadun, memotong, merebus dan menggaul pewarna, serta dibentuk supaya ia kelihatan menarik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu, di sini hari ini.
Mariani berkata pada bulan Ramadan ini, beliau akan mula membuat locong pada pukul 11 pagi hingga 4 petang untuk menghasilkan kira-kira 350 bungkus locong sehari, yang dijual secara borong pada harga RM1.50 sebungkus.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
"Antara bahan yang diperlukan untuk membuat locong ialah tepung kanji, air dan pewarna.
"Cara-cara untuk membuatnya pula adalah dengan memasukkan sedikit air ke dalam tepung kanji untuk disebatikan, manakala kanji kering dan kanji basah dicampurkan hingga menjadi sedikit keras bagi memudahkan proses membentuknya," katanya yang turut dibantu suami, Zaki Ali, 49.
Katanya, doh yang siap dipotong, kemudiannya direbus di dalam air yang menggelegak selama lebih kurang seminit sehingga terapung dan ditoskan bagi mengelakkan ia mudah melekat.
"Selain dibentuk memanjang dan halus, terdapat juga locong yang dibentuk seperti biji delima kerana locong ini enak dinikmati bersama air bandung, ais batu campur (ABC) atau dihidang bersama susu cair untuk diminum," katanya.
Mariani menambah perniagaannya itu turut mendapat permintaan daripada pelanggan sekitar Lembah Klang dan Perak dengan keuntungan mencecah RM450 sehari. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
![Locong: Cendol warna-warni kegemaran masyarakat Kelantan Locong: Cendol warna-warni kegemaran masyarakat Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649389582_TBCENDOLWARNAWARNI.jpg)
Antara bahan yang diperlukan untuk membuat locong ialah tepung kanji, air dan pewarna. - Foto BERNAMA
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Locong: Cendol warna-warni kegemaran masyarakat Kelantan Locong: Cendol warna-warni kegemaran masyarakat Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649389582_TBCENDOLWARNAWARNI.jpg)
Locong: Cendol warna-warni kegemaran masyarakat Kelantan
Locong berasal dari Thailand dan jarang rakyat tempatan yang membuatnya.