KUALA LUMPUR: Sebanyak 337 sekolah masih menggunakan teknologi broadband (4G) atau satelit dengan limitasi capaian kelajuan sehingga 30 Mbps, walaupun projek Point of Presence (PoP) di semua sekolah berkenaan telah siap sejak April 2022 hingga November 2023.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 berkata semakan mendapati peratus penggunaan teknologi broadband (4G) atau satelit oleh sekolah di setiap negeri adalah antara 12.5 hingga 91 peratus.
"Semakan lanjutan mendapati Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terikat dengan kontrak Pakej Interim Perkhidmatan Internet yang masih berkuat kuasa dari bulan Julai 2022 sehingga bulan Jun 2024 dan pihak sekolah juga tidak boleh membuat perolehan tambahan langganan perkhidmatan Internet selagi mana kontrak interim masih berkuat kuasa.
"Maklum balas daripada KPM menyokong projek PoP dan berusaha untuk mengguna pakai infrastruktur PoP yang telah tersedia. KPM juga mengutamakan teknologi fiber sekiranya teknologi itu tersedia di kawasan sekolah yang terlibat," menurut laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat, hari ini.
Justeru LKAN mensyorkan Kementerian Komunikasi menyelaras dengan pihak yang berkepentingan berkenaan langganan internet terutamanya kepada KPM dan pelaksanaan program hendaklah ditambah baik dalam PoP Fasa 2.
Projek PoP bertujuan merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar dengan menjadikan sekolah sebagai hab infrastruktur jalur lebar gentian optik (fiber) sekaligus membolehkan sekolah, premis kerajaan dan kawasan perumahan di sekelilingnya mendapat akses jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi.
Laporan itu berkata sehingga 31 Dis 2023, didapati 599 atau 95 peratus daripada 630 projek PoP sekolah Fasa 1 telah disiapkan manakala 31 atau lima peratus projek PoP masih dalam pelaksanaan.
"Semakan Audit kepada Laporan FOMIX dan laporan syarikat telekomunikasi sehingga 31 Dis 2023 mendapati hanya dua atau satu peratus sekolah daripada 599 sekolah telah melanggan rangkaian internet daripada projek PoP manakala baki 597 sekolah masih melanggan internet di bawah Pakej Interim Perkhidmatan Internet KPM," menurut laporan itu.
LKAN turut mensyorkan Kementerian Komunikasi menyediakan perancangan bagi penggunaan jajaran jalur lebar yang komprehensif bagi memastikan jajaran yang tidak dilanggan dapat dimanfaatkan.
Ia susulan laporan itu mendapati 27 daripada 28 jajaran tidak digunakan, dan dilanggan selama enam hingga 10 tahun sejak projek ini siap pada tahun 2013 dan 2017, dan satu jajaran mulai bulan November 2023.
"Semakan Audit mendapati ketiadaan langganan terhadap jajaran Broadband To General Population (BBGP) antaranya memberi kesan terhadap fokus Kerajaan melalui rancangan pembangunan untuk meningkatkan liputan dan akses jalur lebar berkelajuan tinggi khususnya buat masyarakat luar bandar," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

LKAN turut mensyorkan Kementerian Komunikasi menyediakan perancangan bagi penggunaan jajaran jalur lebar yang komprehensif bagi memastikan jajaran yang tidak dilanggan dapat dimanfaatkan. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Julai 2024.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.

Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Seramai 10 individu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan isu tadbir urus HRD Corp.

Penggunaan paip AC punca NRW tinggi - PETRA
Kadar air tidak terhasil (NRW) yang tinggi secara dasarnya disebabkan oleh paip terutamanya jenis simen asbestos (AC) yang dipasang 30 hingga 50 tahun lepas telah menjangkaui jangka hayat.

Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF
Kerajaan menjangkakan tiada sebarang peningkatan kos yang ketara bagi projek infrastruktur Rapid Transit System Link (RTS Link) sehingga tamat tempoh pembinaannya.

SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp
Sepasukan anggota dan pegawai SPRM tersebut dilihat membawa bersama tiga buah kotak dipercayai berisi dokumen berkaitan HRD Corp yang dikaitkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.

Fadillah akan jumpa KKDW selesai isu bekalan air luar bandar Sarawak, Sabah
Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membincangkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan Sabah.