Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyangkal laporan Australian News Corp bahawa Malaysia gagal bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam proses penyiasatan penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 tahun lepas.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia bukan sahaja memberi kerjasama kepada DSB, malah melakukan banyak usaha serta bekerjasama rapat dengan lembaga itu.
"Saya kecewa dan sedih mendengar berita seperti ini kerana Malaysia telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu.
"Memandangkan laporan akhir menyebut dengan jelas bahawa Malaysia telah memberi kerjasama penuh...maka, adalah tidak benar untuk mengatakan Malaysia tidak memberi kerjasama penuh kepada DSB. DSB mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini apabila diminta mengulas perkara itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Institut Vokasional Tunku Abdul Rahman (VTAR), yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Kojadi di sini hari ini.
Australian News Corp melaporkan bahawa DSB, dalam laporan penyiasatan teknikalnya dikeluarkan pada 13 Okt, didakwa mengkritik Malaysia dengan berkata negara ini bekerjasama hanya "dalam cara terhad" dalam proses penyiasatan itu.
Mengulas kenyataan Rusia bahawa misil darat ke udara BUK yang menembak jatuh pesawat malang itu bukan milik mereka, Liow berkata Rusia tidak dituduh sebagai pihak yang bersalah dalam kejadian itu.
Katanya apa yang penting adalah membiarkan proses penyiasatan jenayah dijalankan untuk menentukan pihak yang melakukan jenayah itu.
"Rusia tidak perlu menafikannya kerana tiada suatu apa pun dalam laporan itu yang menuding jari kepada Rusia," katanya.
Sejurus selepas laporan itu dikeluarkan, Rusia menyifatkan laporan berkenaan sebagai berat sebelah dan berkata negara itu tidak lagi menggunakan misil BUK sejak 2011.
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terkorban apabila ia ditembak jatuh dari ketiggian 33,000 di ruang udara timur Ukraine yang dilanda konflik pada 17 Julai tahun lepas.
Bernama
Wed Oct 21 2015

Malaysia bukan sahaja memberi kerjasama kepada Lembaga Keselamatan Belanda, malah melakukan banyak usaha serta bekerjasama rapat dengan lembaga itu.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.

Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.

Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.

Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.

Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.