Ramai yang mungkin suka makan madu tetapi jika diminta menghampiri sarang lebah, tentunya ramai yang tidak berani menghampirinya kerana takut disengat.
Namun di Malaysia terdapat spesies lebah yang tidak bersengat yang diternak untuk madu, sama seperti lebah madu.
Dikenali sebagai lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengiktiraf spesies ini sebagai 'Superfood' pertama Malaysia.
"Sama seperti lebah madu (Apis Mellifera), kelulut tinggal dalam koloni kekal terdiri daripada Ratu tunggal dan pekerja, yang mengutip debunga serta nektar sebagai makanan larva dalam koloni itu dan juga menyimpan madu untuk tujuan tersebut.
"Memandangkan semakin ramai orang yang semakin sedar pentingnya menjaga kesihatan serta pemakanan dan sifat perubatan dalam makanan, madu lebah kelulut yang dikategorikan sebagai 'superfood' semakin menjadi popular.
"Meskipun permintaannya semakin meningkat, namun bekalan madu kelulut masih rendah kerana di Malaysia, kita masih bergantung kepada madu yang diimport, " kata Pensyarah Kanan Neurosains, Universiti Sains Malaysia, Dr Mohd Zulkifli Mustafa.
Menurut beliau, lebah madu yang tidak bersengat sudah lama digunakan untuk kegunaan tradisional masyarakat orang Asli dengan ciri terapeutik termasuk antidiabetik dan antioksidan.
"Lebah juga bertindak sebagai pendebunga tumbuhan, menghasilkan pendebungaan tanaman yang lebih baik dan berpotensi meningkatkan tuaian tanaman sehingga sebanyak 40 peratus. Ini menambah pendapatan penternak lebah serta penduduk kawasan kejiranan, di samping meningkatkan produk pertanian negara.
"Pada masa ini, lebah yang tidak bersengat ini adalah aset penting kepada permintaan pertanian untuk pendebungaan bagi tujuan keselamatan makanan. Untuk itu, ternakan lebah perlu dianggap sebagai alat penting untuk mencapai pembangunan lestari, " beliau memberitahu Bernama baru-baru ini.
IDENTITI LEBAH TANPA SENGAT
Menurut Dr Zulkifli, terdapat lebih daripada 35 spesies lebah tidak bersengat dikenalpasti di Malaysia tetapi hanya dua spesies sahaja diternak secara komersial untuk mendapatkan madunya.
"Berbanding lebah madu, lebah yang tidak bersengat ini secara umumnya tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan ternakanan. Lebah berkenaan juga pendebunga yang bagus, di samping tahan penyakit dan parasit yang menjejaskan lebah madu (yang boleh menyengat).
"Lebah tidak bersengat ini bersaiz lebih kecil, kira-kira 7mm hingga 10 mm, terbang jarak oendek kira-kira 500 meter - menjadikan mudah untuk menyimpan lebah ini di antara tanaman untuk pendebungaan, berbanding lebah madu yang bersaiz lebih besar (12mm hingga 25mm) dan jarak terbang dua kilometer, " katanya.
Menurut beliau lagi, lebah yang tidak bersengat boleh menghasilkan purata empat kilogram madu untuk setiap satu koloni setiap tahun, dan masa tuaian antara Mac hingga September.
"Iklim tropika Malaysia menyebabkan kandungan kelembapan dalam madu tinggi, menghasilkan penapaian yang menjadikan madu masam dan ada tesktur berbuih. Ini menurunkan harga madu Malaysia di pasaran antarabangsa.
"Dinding sarang lebah dibuat daripada propolis (dari bahan berair dikumpul dari tunas pokok) dan pod propolis membantu meningkatkan nutrien dalam madu," katanya.
Beliau menjelaskan komponen utama madu lebah yang tidak menyengat termasuk gula (fruktosa dan ctose and glukosa) dan hampir sifar hydroxymethylfurfural (HMF), di samping asid organik, phenolic compounds, protin, asid amino, enzim, vitamin dan galian.
"Madu ini mempunyai potensi besar untuk menghalang penyakit kronik, seperti kanser, strok, hipertensi, darah tinggi dan kencing manis.
"Malah, madu lebah yang tidak bersengat ini boleh menstabilkan suhu badan dan meningkatkan imuniti ketika pandemik COVID-19 ini," katanya.
Dr. Zulkifliberkata makanan tambahan dengan madu daripada lebah yang tidak bersengat boleh meningkatkan daya ingatan serta pelajaran, di samping berpotensi untuk membantu mereka yang mengalami masalah obesiti.
"Kajian yang dijalankan oleh USM dan MARDI juga menunjukkan madu Kelulut boleh meningkatkan pengoperasian ingatan berkait ruang sekiranya diambil sebagai makanan tambahan untuk tujuh hari sebanyak tiga sudu besar sehari," katanya.
Menurut beliau, penyelidik di Universiti Putra Malaysia dan University of Queensland, Australia juga mendapati sehingga 85 peratus gula dalam madu Kelulut adalah Trehalulose, gula yang jarang ditemui dengan indeks glisemik rendah (GI).
"Secara tradisinya memang dikatakan madu lebah yang tidak bersengat bagus untuk kencing manis dan sekarang kita tahu mengapa. GI rendah bermakna masa yang lebih lama diambil untuk gula diserap ke dalam aliran darah, jadi tidak ada lonjakan glukosa yang berlaku pada gula lain.
"Ada pihak yang mencari kaedah membuat Trehalulose secara sintetik, kos yang lebih tinggi daripada madu asli, tetapi penyelidikan kami menunjukkan madu lebah yang tidak bersengat ini, secara sendiri boleh dijadikan sebagai makanan keseluruhan atau dalam makanan lain untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang sama, " katanya.
PEMULIHARAAN LEBAH KELULUT
Membandingkan lebah Tualang yang membuat sarang, kebanyakannya di dalam hutan dan tinggi dari tanah, Dr. Zulkifli berkata lebah kelulut membina sarang dalam lubang yang sedia ada di dalam pokok, bangunan dan sarang.
"Tabiat membuat sarang ini memberi peluang untuk lebah tak bersengat diternak dalam kebun yang intensif dengan keadaan persekitaran yang dikawal atau di dalam rumah di kawasan desa yang melaksanakan prosedur operasi standard.
"Pemerkasaan industri lebah tidak bersengat ini akan mempunyai impak secara langsung ke atas pengeluaran madu berkualiti tinggi di samping mengekalkan pendebungaan tanaman terutamanya untuk mengekalkan biodiversiti, " katanya.
Menurut beliau, koloni lebah liar di Malaysia dan di luar negara telah merosot, diancam kehilangan habitat akibat kegiatan pembalakan, pengluasan pembangunan perumahan ke dalam hutan dara dan penggunaan racun serangga di ladang.
"Pada hakikat, kerosakan pokok apabila pemburu lebah memotong keseluruhan pokok untuk mendapatkan koloni lebah boleh memusnahkan flora dan fauna, yang juga menjejaskan pendebungaan tanaman,
"Oleh yang demikian, kami menggalakkan perkebunan organik seperti perkebunan menegak, mengelakkan penggunaan racun serangga juga penebangan hutan yang akan memusnahkan koloni lebah.
"Pada masa ini kami mempunyai lebih daripada 50,000 sarang lebih dan 6,000 daripadanya adalah sarang lebah tanpa sengat, dan yang terbesar adalah di Sarawak dan di Semenanjung, terletak di Kelantan," katanya.
Semantara itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail berkata, kesedaran tentang pemuliharaan lebah perlu dimasukkan dalam program sekolah seperti Kelab Pencinta Alam.
"Kita perlu menunjukkan kepada orang ramai tentang kepentingan melindungi lebah tanpa sengat, terutamanya dalam kalangan petani dan orang kampung berhampiran ladang kelapa sawit dan getah supaya mengelakkan penggunaan racun serangga serta kegiatan penyemburan.
"Kami ingin mendidik dan menyebarkan kesedaran untuk sayangi lebah dalam kalangan masyarakat agar apabila mereka ternampak sarang lebah di sekitar perumahan mereka, mereka tidak membunuh atau memusnahkan koloni lebah itu, supaya lebah boleh menghasilkan madu, " katanya.
KOLABORASI PROMOSI MADU KELULUT
Pada 20 Mei lepas, MNS menandatangani memorandum persefahaman dengan Corak Rentak Sdn Bhd untuk menyokong usaha pemuliharaan Lebah Tanpa Sengat.
Pengarah Urusan Corak Rentak Sdn Bhd, Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Syed Putra Jamalullail berkata perkongsian kerjasama setahun itu bertujuan menyebarkan kesedaran tentang kepentingan lebah menerusi pangkalan keahlian MNS dan meningkatkan angka keahlian.
"Pada masa yang sama, ia juga memberi manfaat kepada alam sekitar dan meningkatkan pendapatan kumpulan B40 menerusi amalan ternakan lebah yang lestari yang melindungi alam sekitar, " katanya, sambil menambah, pihaknya menerokai industri madu Kelulut dengan matlamat untuk membangunkan potensi industri tersebut sepenuhnya dan membawa madu itu ke pasaran global.
"Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), kami juga akan membangunkan Projek Keusahawanan Penglibatan Lebah (BEE). Wang yang didermakan oleh keluarga dan rakan-rakan digunakan untuk memulakan komuniti berkebun untuk golongan B40s/Asnaf, bermula di negeri Kelantan.
"Untuk projek ini, Corak Rentak akan menyumbangkan RM1 untuk setiap botol madu Kelulut "B MY HONEY" dan "DEIRA", yang dijual dalam pasaran domestik dan luar negara, '' katanya.
Sementara itu, Dr Ahmad berharap menerusi kerjasama itu, pihaknya dapat menarik antara 3,000 hingga 5,000 ahli baru menyertai MNS untuk mendapat sokongan pemuliharaan serta melindungi Lebah Kelulut untuk menjadi salah satu produk 'Superfood' tempatan.
"Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, kami berharap dapat meneruskan aktiviti pemuliharaan dengan menarik ahli baru menyertai kami. Mereka boleh melayari laman sesawang MNS https://www.mns.my, " katanya.
Rencana ini sempena Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada setiap 5 Jun
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Jun 05 2021
Kata Dr Zulkifli, madu ini mempunyai potensi besar untuk menghalang penyakit kronik, seperti kanser, strok, hipertensi, darah tinggi dan kencing manis. - BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Juruteknik komputer tinggalkan kerjaya usaha ternakan kelulut
Lebih istimewa ternakan kelulut yang diusahakan menggunakan 100 peratus sarang 'smart hive' yang lebih mesra alam sekitar.
Repositori Kelulut Indo-Malaya UMT bakal jadi tarikan ekopelancongan
Repositori Kelulut Indo-Malaya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menempatkan lebih 20 spesies kelulut unik dan jarang ditemui.
Repositori kelulut terbesar dunia akan dibangun semula
Usaha perlu dimulakan dari awal berikutan 65 sarang kelulut pelbagai spesis rosak sepenuhnya selepas ditenggelami air.
Penternak kelulut rugi akibat banjir
Yahya Yasin terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 selepas 50 lot kelulut miliknya dihanyut air banjir.
Pesara jana pendapatan sampingan hasil ternak kelulut keliling rumah
Dalam tempoh pandemik, permintaan madu kelulutnya semakin meningkat kerana khasiat dimiliki seperti mengandungi antioksidan yang tinggi.
Lindungi kelulut untuk pembangunan lestari dan industri 'super food'
Dikenali sebagai lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengiktiraf spesies ini sebagai 'Superfood' pertama Malaysia
'Madu lebih manis dikongsi bersama' - muafakat jiran majukan projek kelulut
Bagi penduduk di Taman Flora Height, Pasir Gudang, madu itulah yang menyatukan masyarakat berbilang kaum di sana.