Pepatah Melayu ada menyebut, “Jiran sepakat membawa berkat”.
Amalan kejiranan yang baik jika dipraktikkan bukan sahaja dapat menyatupadukan masyarakat, malah mencorak kerjaya dan mengolah imbuhan yang dapat dikongsi bersama.
Bagi warga Taman Flora Height, Pasir Gudang, perkongsian kepakaran seorang penduduk di situ telah merubah landskap masyarakat di sini.
Semuanya bermula apabila S. Saravanan bertekad untuk meluaskan perusahaan madu kelulut di kawasan tempat tinggalnya itu.
“Pada mulanya saya mengusahakan madu kelulut di luar, kemudian saya terfikir kenapa tidak saya buat di sini untuk menaikkan nama taman ini dan tambah pendapatan penduduk di sini.
“Buat masa ini saya belum ada pekerja tetapi saya cuma ajar penduduk di sini macam mana menguruskan madu kelulut ini, jadi mereka boleh tambah pendapatan,” ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Madu Kelulut Taman Flora Height.
Saravanan memulakan perusahaan madu kelulut ini dengan modal RM35,000 untuk membeli 10 sarang lebah dan peralatan untuk memproses madu.
Selepas hampir dua tahun, dia kini mempunyai 16 sarang kelulut di tanah seluas setengah ekar.
Hasil sedutan madu kelulut itu kemudiannya dipasarkan oleh penduduk.
“Kalau saya sedut seluruh sarang ini boleh dapat 12 kilogram dan kami jual pada harga RM350 sekilogram dan mereka memperoleh komisen daripada penjualan itu,” katanya.
Di kawasan lapang itu juga ada projek tanaman cili fertigasi yang diusahakan secara bersama oleh penduduk.
“Kita tidak kira bangsa, Melayu atau Cina kita bekerjasama membahagikan tugas masing-masing untuk mengusahakan tanah di taman ini.
“Ada yang akan memastikan saluran air cukup dan ada juga yang memetik cili,” kata Tee Lay Ting, Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Flora Height.
Semua hasil berbudi pada tanah itu kemudiannya dibahagikan kepada penduduk.
Sementara itu bagi Datuk Zamri@Zahari Drawuh, Ketua Komuniti Taman Flora Height, hubungan erat penduduk di situ dapat dilakukan atas semangat muafakat.
“Selagi mereka menghayati konsep muafakat, saya percaya setiap masyarakat akan dapat melakukan perkara yang sama,” katanya.
Kekuatan komuniti seperti di Taman Flora Height inilah yang harus difahami bakal-bakal Yang Berhormat agar mereka dapat terus diperkasakan.
Hakim Rahman
Sun May 06 2018
Saravanan memulakan perusahaan madu kelulut ini dengan modal RM35,000 untuk membeli 10 sarang lebah dan peralatan untuk memproses madu.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Juruteknik komputer tinggalkan kerjaya usaha ternakan kelulut
Lebih istimewa ternakan kelulut yang diusahakan menggunakan 100 peratus sarang 'smart hive' yang lebih mesra alam sekitar.
Repositori Kelulut Indo-Malaya UMT bakal jadi tarikan ekopelancongan
Repositori Kelulut Indo-Malaya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menempatkan lebih 20 spesies kelulut unik dan jarang ditemui.
Repositori kelulut terbesar dunia akan dibangun semula
Usaha perlu dimulakan dari awal berikutan 65 sarang kelulut pelbagai spesis rosak sepenuhnya selepas ditenggelami air.
Penternak kelulut rugi akibat banjir
Yahya Yasin terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 selepas 50 lot kelulut miliknya dihanyut air banjir.
Pesara jana pendapatan sampingan hasil ternak kelulut keliling rumah
Dalam tempoh pandemik, permintaan madu kelulutnya semakin meningkat kerana khasiat dimiliki seperti mengandungi antioksidan yang tinggi.
Lindungi kelulut untuk pembangunan lestari dan industri 'super food'
Dikenali sebagai lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengiktiraf spesies ini sebagai 'Superfood' pertama Malaysia
'Madu lebih manis dikongsi bersama' - muafakat jiran majukan projek kelulut
Bagi penduduk di Taman Flora Height, Pasir Gudang, madu itulah yang menyatukan masyarakat berbilang kaum di sana.