KOTA KINABALU: Seorang bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes berkaitan tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan, kepada Kementerian Kewangan Sabah.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy berkata penahanan suspek itu, susulan tangkapan seorang pegawai kanan dan pesara kerajaan pada 18 Mei lepas, bagi membantu siasatan kes sama.
"Suspek lelaki berusia 66 tahun, yang merupakan bekas penjawat awam itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.
"Permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Karunanithy, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan pengusaha kilang kelapa sawit di seluruh Sabah supaya tampil untuk membantu siasatan, kerana mengemukakan pengisytiharan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 18 Mei lepas, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah, kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada MOF.
Mahkamah membenarkan reman selama tujuh hari terhadap kedua-dua individu berkenaan bermula 19 hingga 25 Mei ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong pula berkata pihaknya telah mengarahkan Kementerian Kewangan negeri untuk meneliti dan menambah baik sistem serta prosedur yang boleh membuka ruang serta peluang kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan.
Beliau berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan kes terbabit.
"Saya mengambil perhatian serius berkaitan dengan laporan kes melibatkan tangkapan terhadap penjawat awam negeri," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini. - Gambar hiasan

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Lindungi aktiviti pemalsuan cukai jualan minyak sawit, individu bergelar 'Datuk' ditahan SPRM
Penahanan suspek itu susulan tangkapan seorang pegawai kanan dan pesara kerajaan pada 18 Mei lepas, bagi membantu siasatan kes sama.