KUALA TERENGGANU: Lima resort di Pulau Perhentian yang dikesan tidak menyelenggarakan sisa kumbahan dengan baik masih beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Alias Razak berkata, pengusaha resort berkenaan masih berdegil walaupun berulang kali diberikan notis.
"Bangunan dan sisa kumbahan di mana resort berkenaan beroperasi tidak mendapat kelulusan Majlis Daerah Besut (MDB) dan PBT telah berulang kali mengeluarkan notis namun mereka masih ingkar.
"Dua tahun lalu mereka telah dikompaun maksimum sebanyak RM50,000 dan kes ini masih dalam proses tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi, di sini, pada Ahad.
Alias berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita berhubung kes keracunan makanan yang didakwa berpunca daripada air tercemar akibat sisa kumbahan tidak dirawat di lokasi peranginan itu.
Laporan berkenaan mula tular di media sosial pada Sabtu.
Dalam pada itu, Alias berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada kes keracunan yang dialami pelancong tempatan itu mempunyai hubung kait dengan sisa kumbahan.
"Pihak MDB masih menyiasat sama ada kes keracunan makanan itu ada hubungan dengan sisa kumbahan sebagaimana yang didakwa," katanya.
Semalam sebuah portal berita melaporkan enam sekawan mendakwa mereka mengalami keracunan makanan dan jatuh sakit selepas berenang di perairan yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan tidak dirawat di Pulau Perhentian Kecil, di Terengganu.
Kesemua mereka mendakwa mula muntah-muntah pada malam terakhir ketika menghabiskan masa bercuti selama dua malam di lokasi tarikan pelancong itu.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 05 2022

Pemandangan di Pulau Perhentian. - Foto fail (Gambar kecil: Alias)

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Lima resort beroperasi tanpa kelulusan PBT
Alias Razak berkata, pengusaha resort berkenaan masih berdegil walaupun berulang kali diberikan notis.