KUALA LUMPUR: Lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air hari ini.
Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kelima-lima individu berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH755 pada 2 petang tadi.
Perkembangan itu menjadikan bilangan kes mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja yang berjaya diselamatkan sehingga hari ini adalah seramai 143 orang, daripada 158 kes yang dilaporkan.
"Daripada bilangan mangsa yang diselamatkan, 29 masih berada dalam depoh tahanan imigresen di Kemboja manakala selebihnya telah pulang ke tanah air.
"Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terus giat menjalankan usaha untuk menjejaki rakyat Malaysia, yang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan ini di Kemboja," menurut kenyataan itu.
Selain Kemboja, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia yang lain sedang mempergiatkan usaha untuk menyelamatkan rakyat negara ini yang menjadi mangsa sindiket di Laos, Myanmar dan Thailand.
Berdasarkan rekod, seramai 16 orang rakyat Malaysia di Thailand, 27 di Laos dan lima di Myanmar, yang menjadi mangsa sindiket berjaya diselamatkan.
Sementara itu, bilangan yang sedang dijejaki pula adalah seramai 12 orang di Thailand, 28 di Laos dan 54 orang di Myanmar.
"Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di negara terbabit, akan terus melipatgandakan usaha dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara itu, dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket berkenaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Kementerian Luar memaklumkan, kelima-lima individu berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH755 pada 2 petang tadi. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

Sembilan ditahan dipercayai terbabit penipuan pekerjaan antarabangsa
Polis Melaka menahan sembilan individu termasuk tiga warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan antarabangsa.

Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.

Mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja kembali ke tanah air
Tujuh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan dijadual pulang ke tanah air pada Jumaat selepas hampir dua bulan ditahan di pusat tahanan imigresen Kemboja.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani sindiket penipuan kerja
KLN telah memanfaatkan pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial, media massa dan hebahan secara fizikal bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia.

Lelaki terkandas di Myanmar: Polis Johor minta bantuan Bukit Aman, Interpol
Polis Johor akan meminta bantuan Bukit Aman serta Interpol dalam usaha membawa pulang seorang lelaki warga Malaysia yang terkandas di Myanmar.

Anwar rakam penghargaan kepada PM Kemboja bantu bawa pulang warga Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Menyoroti perjalanan mangsa penipuan pekerjaan
Artikel ini adalah bahagian pertama laporan bersiri dua bahagian mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Sindiket penipuan pekerjaan: 'Jangan terperdaya tawaran gaji tinggi, kami sengsara 4 bulan' - Mangsa
Orang ramai terutama golongan muda diingatkan supaya berhati-hati dengan tawaran gaji lumayan oleh agensi pekerjaan luar negara bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.