PHNOM PENH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Anwar, yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kemboja menyifatkan Kemboja di bawah pimpinan Hun Sen sebagai 'cemerlang' dalam memberikan sokongan penuh dan kerjasama bagi menyelesaikan isu penipuan pekerjaan.
"Saya juga mesti merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri (Hun Sen) kerana Kemboja adalah antara negara yang paling membantu apabila kami perlu menangani isu penipuan pekerjaan yang turut menjejaskan rakyat anda, tetapi kemudian anda membantu kami membawa kembali 287 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan.
"Terima kasih banyak, ia amat bermakna kepada ratusan keluarga yang terjejas akibat penipuan ini," kata beliau pada sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Hun Sen di Peace Palace hari ini.
Dilaporkan bahawa Kementerian Luar telah menerima 572 laporan melibatkan warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket 'penipuan pekerjaan' di luar negara setakat 20 Feb. Laporan itu diterima melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar).
Sementara itu, Anwar berkata beliau berharap Hun Sen dapat memberikan beberapa idea pada Sidang Kemuncak ASEAN akan datang berhubung rangka kerja komprehensif bagi menangani krisis semasa Myanmar.
Menurut Anwar, ia bukan lagi isu dalaman kerana lebih 200,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar ke Malaysia.
Anwar berkata komuniti ASEAN memahami situasi semasa di Myanmar tetapi junta (kumpulan pemimpin tentera) negara itu juga perlu memahami bahawa perkara itu tidak boleh diteruskan tanpa penyelesaian.
Beliau turut menyatakan kepercayaannya terhadap kebijaksanaan rakan sejawatannya dari Kemboja itu kerana Hun Sen telah berjaya mengembalikan keamanan apabila berdepan dengan situasi yang lebih kompleks di Kemboja berbanding situasi semasa di Myanmar.
"Ini adalah contoh yang hebat bagaimana sebuah negara yang berdepan perang saudara dan keganasan boleh mencapai keamanan. Perdana Menteri (Hun Sen) dengan pengalaman luas sudah tentu lebih sesuai untuk membincangkan isu yang lebih kompleks seperti Myanmar," katanya.
Anwar berkata Malaysia dan Kemboja berkongsi pandangan yang sama mengenai isu Laut China Selatan, Rusia-Ukraine, Semenanjung Korea dan Taiwan-China.
Beliau juga berterima kasih kepada Hun Sen kerana menganjurkan majlis iftar bersama ribuan orang Islam di Kemboja malam ini.
Anwar berkata ia menggambarkan pemahaman Hun Sen terhadap toleransi dan rasa hormat terhadap kumpulan minoriti, yang Anwar anggap masih kurang di dunia buat masa ini.
"Terdapat begitu banyak kebencian, salah faham, dan sikap tidak bertoleransi, dan anda (Hun Sen) telah menunjukkan bahawa anda bersedia untuk menerima perasaan dan sensitiviti orang lain dan begitu baik hati menjemput saya menyertai anda dalam majlis besar ini," kata beliau.
Anwar berkata beliau juga mengalu-alukan lawatan Hun Sen ke Kuala Lumpur nanti.
Terdahulu, Anwar dan Hun Sen menyaksikan majlis menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Kemboja.
MoU berkenaan berkaitan Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang pekerja Kemboja dalam sektor domestik serta Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang pekerja Kemboja di sektor formal bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor buruh.
Anwar kemudiannya dijadualkan menghadap Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni di Istana Diraja Kemboja.
Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Kemboja Say Chhum dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja Heng Samrin.
Pada majlis iftar dengan Hun Sen, golongan ilmuwan dan masyarakat Islam di Kemboja , Anwar akan menyaksikan acara penyerahan 1,500 naskhah terjemahan al-Quran dalam bahasa Khmer dan bahasa Inggeris dari Malaysia kepada masyarakat Islam di Kemboja.
Beliau akan mengerjakan solat tarawih di Masjid Al-Serkal di sini sebelum berlepas pulang ke tanah air.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Anwar sewaktu mengadakan pertemuan dua hala dengan Hun Sen di Peace Palace hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.