JOHOR BAHRU: Polis menahan lima lelaki yang dipercayai memukul seorang pelajar tingkatan dua di hadapan sebuah sekolah di kawasan Taman Daya, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata penahanan itu melibatkan lima remaja lelaki berumur antara 15 hingga 17 tahun.
Menurutnya, ia susulan laporan yang dibuat mangsa pada 8 April lalu pada jam 10.45 malam di Balai Polis Setia Indah.
"Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa memaklumkan telah dipukul lima lelaki yang tidak dikenali semasa sedang berbual dengan rakannya di hadapan sebuah sekolah.
"Kejadian dipercayai berlaku ekoran rasa tidak puas hati, kerana suspek beranggapan bahawa mangsa telah mengejek adik saudaranya.
"Suspek bersama empat rakannya telah bertindak menyerang dan memukul pengadu beberapa kali pada bahagian muka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelas beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 53 saat, yang memaparkan seorang pelajar ditampar oleh sekumpulan lelaki.
Berita asal: Lima lelaki ditahan pukul pelajar
Sinar Harian
Fri Apr 16 2021

Tangkap layar daripada video tular yang menunjukkan mangsa dipukul. (Gambar kecil: Mohd Padzli) -Foto Sinar Harian
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Pendakwaan akan buktikan 13 remaja pukul pelajar kolej vokasional sebelum meninggal dunia
Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif berkata bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian adalah kecederaan dada dan tisu lembut disebabkan objek tumpul.

Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.

Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Seorang pelajar yang tular kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis.

Wanita rosakkan telefon, pukul pelajar dengan buku ditahan
Suspek rampas telefon bimbit sebelum melemparkannya di jalan raya ketika mangsa sedang menggunakannya untuk menyiapkan tugasan pengajian.

Jangan banggakan buli, bawa kepada budaya samseng - Dr Mahathir sedih
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan pelajar bahawa buli bukanlah kegiatan yang boleh dibanggakan.

Kes pukul pelajar di Langkawi: 13 pelajar tingkatan empat ditahan
Polis menahan seramai 13 pelajar tingkatan empat sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Langkawi hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki dipukul.

Sepak, pukul rakan asrama, 11 pelajar direman
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam pada Khamis, suspek dikatakan telah memukul dan menyepak mangsa yang berusia 14 tahun.

Dakwa buli pelajar 'junior', lima remaja direman
Kesemua pelajar itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menggunakan trak polis sebelum dibawa keluar tiga jam kemudian.

Lima lelaki ditahan pukul pelajar
Kejadian dipercayai berlaku ekoran rasa tidak puas hati, kerana suspek beranggapan bahawa mangsa telah mengejek adik saudaranya.

Polis tahan tujuh pelajar tahfiz terlibat kes pukul pelajar lain
Tangkapan dibuat semalam susulan laporan yang diterima polis sekitar pukul 3 pagi hari sama mengatakan seorang pelajar lelaki sekolah itu dipukul oleh rakan-rakannya.