Sekumpulan lima lelaki bersenjata yang dipercayai cuba menyusup masuk ke perairan Pulau Mataking, di sini, berjaya diberkas pasukan Angkatan Tugas Bersama (ATB) Dua, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi, semua suspek yang berumur antara 25 hingga 45 tahun itu ditahan bersama sepucuk pistol dan selaras senapang.
Turut ditemui, 55 butir peluru senjata api berkenaan.
Komander ATB Dua, Brigedier Jeneral Datuk Zarondin Md Amin berkata, bot dipercayai datang dari perairan Sitangkai, Filipina, menuju ke Pulau Mataking sebelum berjaya dikesan oleh radar.
"Sebaik dikesan, anggota bertugas kemudian berjaya memintas dan menjalankan pemeriksaan lanjut.
"Ketika diperiksa, semua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Sepucuk pistol, selaras senapang dan 55 butir peluru turut ditemui bersama mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Zarondin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek masuk menyusup ke Malaysia untuk melakukan kegiatan jenayah rentas sempadan.
"Semua suspek ditahan dan senjata api milik mereka dirampas sebelum diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk tindakan lanjut," tambahnya.
Radhi Muslim
Thu Apr 11 2019
Bahan-bahan yang dirampas daripada suspek pada Khamis. - Astro AWANI
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Pasukan keselamatan siasat insiden bot JKDM ditembak penyeludup di Semporna
Datuk Hazani Ghazali berkata kesemua penguat kuasa JKDM berkenaan sedang menjalankan rondaan operasi sebelum bot mereka ditembak oleh sekumpulan individu yang menaiki bot laju.
Tragedi bot karam Lahad Datu: Satu lagi mayat ditemui
Mayat seorang lelaki ditemui terapung perairan Pulau Mataking, Semporna, pada Sabtu.
Lima lelaki bersenjata ditahan di perairan Mataking
Semua suspek yang berumur antara 25 hingga 45 tahun itu ditahan bersama pistol dan senapang.