JELEBU: Lima kanak-kanak antara 19 mangsa diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Peras, Kuala Klawang di sini.
Komander Operasi, Mohd Asri Tak berkata, dua panggilan diterima melibatkan dua lokasi berbeza dan untuk kes pertama, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.32 petang dan mangsa dijumpai pada jam 1.34 pagi.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun terperangkap dan salah seorangnya mengalami kecederaan di kaki.
"Mangsa cedera di pergelangan kaki kerana dihempap pokok tumbang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG TANAH RUNTUH DI SINI
Tambah beliau, pihaknya kemudian turut mendapat maklumat ada keluarga terperangkap di lokasi berbeza dalam insiden tanah runtuh tersebut.
"Anggota kemudian diarahkan bergerak ke kawasan itu dan pada jam 7.40 pagi (Isnin), seramai 17 mangsa dapat diselamatkan dan dalam proses untuk dibawa ke tempat selamat.
"Pada jam 12.52 tengah hari, semua mangsa telah berjaya dibawa ke tempat selamat dan mereka juga sudah diberikan bantuan awal pada jam 10.10 pagi," katanya.
Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kes melibatkan lokasi kedua itu.
"Jarak mangsa dengan pusat kawalan adalah sejauh enam kilometer dan semuanya ditemukan dalam keadaan selamat," ujarnya.
Ridauddin Daud
Mon Dec 20 2021
Antara mangsa insiden tanah runtuh di Jalan Genting Press, Kuala Klawang, Jelebu yang diselamatkan oleh anggota bomba. - Gambar JBPM
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Banjir: Rakyat Malaysia di Nepal selamat dipindahkan
Kesemua rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, disebabkan hujan lebat ibu negara Nepal, Kathmandu sudah dipindahkan.
Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Nepal
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Nepal susulan banjir dan tanah runtuh akibat hujan berterusan yang menjejaskan rangkaian sistem perhubungan di negara itu.
Sekurang-kurangnya 15 maut, 25 terperangkap dalam tanah runtuh di Sumatera Barat
Empat mayat telah dipindahkan setakat ini, manakala tiga mangsa yang cedera diselamatkan dan tujuh lagi masih dicari.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Siasat menyeluruh insiden tanah runtuh Cameron Highlands - NGO
Reach menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.
Seorang maut, 20 dikhuatiri terperangkap dalam terowong selepas tanah runtuh di Jepun
Pihak berkuasa tempatan berkata lebih 10 orang dilaporkan hilang di Wajima selepas hujan lebat melanda wilayah Ishikawa.
Tanah runtuh di Jalan Brinchang, Cameron Highlands
Satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market di Cameron Highlands hari ini menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.