Lima individu membida untuk jadi pemilik nombor plat istimewa Patriot 1 yang disifatkan sebagai nombor pendaftaran kenderan paling mahal di negara ini, lapor akhbar The Star.
Nombor plat itu ditawarkan kepada umum pada harga permulaan RM1 juta.
Lima individu itu dilaporkan sudah membuat bayaran wang pendahuluan sebanyak 20 peratus.
Nombor pendaftaran kenderaan eksklusif ini ditawarkan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM). Ia sebagai inisiatif mengumpulkan dana bagi kempen mempromosi semangat kesederhanaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan.
"JPJ telah memberikan kebenaran kepada (YPNM) untuk melelong nombor Patriot 1 hingga Patriot 9999," lapor The Star memetik kenyataan pengarah projek badan itu, Mass Ayu Mass Akbar.
Bidaan itu dibuka sejak 1 Jun lepas dan pemenangnya akan diumumkan pada 30 Jun ini.
Menurut laporan itu lagi, mereka yang berjaya membida nombor pendaftaran yang ditawarkan akan diberi sepucuk surat pengesahan. Surat itu perlu dibawa ke JPJ Wangsa Maju untuk mendaftarkan kenderaan mereka.
YPNM ditubuhkan pada 12 April 2013 untuk menggerakkan kempen menggalakkan perpaduan kaum, toleransi beragama dan semangat patriotisme di kalangan rakyat.
Astro Awani
Wed Jun 24 2015
Lima individu itu dilaporkan sudah membuat bayaran wang pendahuluan sebanyak 20 peratus.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Tiga kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan lantai 50 X 60 kaki persegi terbakar musnah anggaran 80 peratus.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.
Enam cedera, 3 parah nahas lori dengan kereta
Mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori
Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita yang cedera dibawa ke hospital berhampiran
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.