Lima anggota sindiket kad kredit palsu transnasional dikenakan hukuman penjara bagi tempoh antara 17 bulan hingga 44 bulan kerana antara lain, memiliki kad dan dokumen pengenalan diri palsu, dan menipu, lapor The Straits Times pada Isnin.
Menurut laporan itu empat rakyat Malaysia disabitkan kesalahan antara 9 Mac dan 19 Julai tahun ini kerana melakukan pembelian haram dengan menggunakan kad kredit palsu.
Seorang lagi anggota berumur 48 tahun, disabitkan kesalahan pada 19 Jan kerana memiliki kad kredit dan dokumen pengenalan diri palsu.
Menyebut kenyataan oleh Pasukan Polis Singapura, laporan itu menyatakan polis menerima maklumat pada 25 Julai tahun lepas bahawa pembelian itu telah dibuat dengan kad kredit palsu.
Mereka menangkap Chan Yew Choon, 23; Chong Li Hsien, 30; and Wong Ban Kuean, 47; di stesen MRT Orchard pada hari yang sama.
Sejumlah dokumen pengenalan diri, kad palsu dan barang-barang bernilai kira-kira S$23,000, belian menggunakan kad palsu, telah dirampas. (S$1=RM3.14),
Selepas siasatan, kata laporan itu, polis mengesan identiti dua rakan subahat mereka - Cheah Wei Yong, 44; dan Law Thin Poh, 48, dan menangkap mereka di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 19 Ogos tahun lepas.
Empat kredit kad palsu dan satu dokumen pengenalan tiruan didapati dalam milik Law.
Kesemua mereka menganggotai sindiket yang sama.
Mereka yang disabitkan kesalahan memiliki kad kredit palsu atau lain-lain dokumen keselamatan bernilai yang palsu boleh dikenakan penjara hingga 15 tahun dan denda.
Mereka yang sabit kesalahan menipu boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda, kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
Empat kredit kad palsu dan satu dokumen pengenalan tiruan didapati dalam milik sindiket. - Gambar hiasan
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.
Ceroboh tapak pembinaan, warga Myanmar dipenjara tiga bulan
Seorang lelaki warga Myanmar dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh kawasan tapak pembinaan perumahan pada Jumaat lepas.
JPN kaji tingkat spesifikasi MyKad elak disalah guna
Kes penyalahgunaan MyKad yang berlaku di negara ini dipandang serius dan tindakan perlu diambil bagi mengelak ia daripada terus berleluasa.
Gagal tunjuk dokumen sah, polis tahan 106 warga asing
Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong hari ini.
KDN, Kerajaan Sarawak berganding tubuhkan pasukan khas tangani rakyat tanpa dokumen pengenalan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Sarawak telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menangani isu rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di negeri itu.
JPN tidak kompromi dakwaan rasuah, salah guna kuasa
Menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan jabatan itu.
APMM Selangor tahan tiga kapal korek beroperasi tanpa kebenaran
APMM Selangor menahan tiga buah kapal korek selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 5.6 batu nautika barat daya Pulau Carey.
Dokumen pengenalan sementara dikeluar kepada mendiang Lina pada 13 April - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK11) pada 13 April lepas kepada Lina Samuel, yang dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat kanser kolon.
JIM Negeri Sembilan serbu penempatan haram, 32 ditahan
JIM Negeri Sembilan menahan 32 pendatang tanpa izin termasuk 15 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam serbuan di sebuah penempatan haram berhampiran Bandar Ainsdale di sini, awal pagi tadi.