PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK11) pada 13 April lepas kepada Lina Samuel, yang dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat kanser kolon, demikian menurut jabatan itu.
Mendiang sebelum ini dilaporkan oleh pihak media tidak mempunyai kad pengenalan untuk mendapatkan rawatan di hospital.
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak jabatan itu telah bertemu dengan Lina sebelum ini dan membuka kertas siasatan bagi kes beliau.
"Atas dasar keprihatinan dan kebajikan mendiang, JPN telah mengeluarkan Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK11) pada 13 April 2023," menurut jabatan itu yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dalam kenyataan itu.
Laporan media sebelum ini menyebut MyKad Lina dirampas sewaktu beliau hendak menukar alamatnya bagi membolehkannya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas.
Menurut JPN, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dalam kenyataan pada 12 April lepas memaklumkan bahawa mendiang tetap diberikan perkhidmatan rawatan sewajarnya di Hospital Miri secara berterusan tanpa sebarang prejudis walaupun semasa tempoh ketiadaan dokumen pengenalan diri.
JPN dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai persoalan atau masalah berkaitan hal pendaftaran sama ada urusan kelahiran, kad pengenalan, kematian, perkahwinan dan kewarganegaraan untuk hadir di mana-mana 212 pejabat JPN di seluruh negara untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023
![Dokumen pengenalan sementara dikeluar kepada mendiang Lina pada 13 April - JPN Dokumen pengenalan sementara dikeluar kepada mendiang Lina pada 13 April - JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678525321_JabatanPendaftaran.jpg)
JPN dalam kenyataan memaklumkan pihak jabatan itu telah bertemu dengan Lina sebelum ini dan membuka kertas siasatan bagi kes beliau. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![PRK Sg Bakap: Polis terima empat laporan berhubung salah laku kempen PRK Sg Bakap: Polis terima empat laporan berhubung salah laku kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
PRK Sg Bakap: Polis terima empat laporan berhubung salah laku kempen
Buat masa ini, keseluruhan perjalanan kempen yang terkait dengan isu keselamatan adalah terkawal.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh namun tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![National Rally dahului pilihan raya awal Perancis National Rally dahului pilihan raya awal Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719787084_MarineLePen.jpg)
National Rally dahului pilihan raya awal Perancis
Le Pen dalam reaksinya sifatkan keputusan itu sebagai suara demokrasi dan mendakwa kem Presiden Emmanuel Macron tewas sepenuhnya.
![Presiden Mohamed Ould Ghazouani mengundi dalam pilihan raya Mauritania Presiden Mohamed Ould Ghazouani mengundi dalam pilihan raya Mauritania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719677432_TBGhazouani.jpg)
Presiden Mohamed Ould Ghazouani mengundi dalam pilihan raya Mauritania
Presiden Mauritania Mohamed Ould Cheikh El Ghazouani keluar mengundi dalam pilihan raya presiden yang mana beliau dijangka menang pada Sabtu.
![6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok 6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719654005_Bersatu.jpg)
6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.
![Mohd Azizi fail saman pemula hentikan PRK DUN Nenggiri Mohd Azizi fail saman pemula hentikan PRK DUN Nenggiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719406939_MohdAziziAbuNaim.jpg)
Mohd Azizi fail saman pemula hentikan PRK DUN Nenggiri
Mohd Azizi Abu Naim memfailkan saman pemula bagi menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.
![Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719096388_tbSaifuddinNasution.jpg)
Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution
Jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.
![Mesyuarat khas SPR bagi urusan PRK DUN Nenggiri 28 Jun Mesyuarat khas SPR bagi urusan PRK DUN Nenggiri 28 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643019837_IkmalrudinIshak.jpg)
Mesyuarat khas SPR bagi urusan PRK DUN Nenggiri 28 Jun
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 28 Jun ini.
![Pengundi UK skeptikal kemampuan parti politik untuk laksana janji pilihan raya - Tinjauan Pengundi UK skeptikal kemampuan parti politik untuk laksana janji pilihan raya - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718723684_nationalrailstrike.jpg)
Pengundi UK skeptikal kemampuan parti politik untuk laksana janji pilihan raya - Tinjauan
62 peratus daripada sampel yang ditinjau mengatakan mereka tidak yakin Parti Konservatif akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang digariskan.