Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng hari ini menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa prestasi kewangan Pulau Pinang yang memberangsangkan sejak 10 tahun lepas di bawah pentadbiran beliau sebagai ketua menteri adalah disebabkan penjualan tanah kerajaan.
Lim yang juga Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung parti DAP berkata kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang hanya menjual 42.90 hektar atau 36 kali ganda kurang berbanding 1,481.55 hektar tanah yang dijual kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Beliau berkata walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang menjual tanah 36 kali ganda kurang, ia menerima keuntungan lebih besar berbanding BN berikutan penjualan tanah dibuat secara tender terbuka berbanding rundingan terus oleh kerajaan BN.
"Hasil penjualan tanah oleh kerajaan Pakatan Harapan disalurkan untuk projek perumahan mampu milik, dan baki yang digunakan hanya 10.4 peratus daripada perbelanjaan negeri.
"Jadi dakwaan hasil dan lebihan kerajaan negeri hanya datang daripada penjualan tanah adalah tidak benar," katanya dalam dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebagai contoh, Lim berkata tanah yang ditebus semula berhampiran Persiaran Gurney di Pulau Pinang dijual kerajaan BN pada harga RM1 setiap kaki persegi dan 10 peratus tanah yang ditebus semula diberikan kepada kerajaan negeri.
"Di bawah kerajaan Pakatan Pulau Pinang, kadar pembelian tanah yang ditebus sebanyak 10 peratus telah dirunding semula dan dinaikkan kepada 20 peratus untuk kerajaan negeri.
"Begitu juga dengan hasil jualan tanah yang ditebus berhampiran Butterworth, hanya lima peratus hasil jualan oleh kerajaan BN diberikan kepada kerajaan negeri.
"Sekali lagi, kami membuat rundingan semula dan meningkatkan harga tanah yang ditebus di Butterworth kepada 35 peratus daripada lima peratus atau tujuh kali ganda lebih tinggi diberikan kepada kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 17 2018
GUAN ENG: Hasil penjualan tanah oleh kerajaan Pakatan Harapan disalurkan untuk projek perumahan mampu milik, dan baki yang digunakan hanya 10.4 peratus daripada perbelanjaan negeri. -Gambar fail
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.