Ibu bapa perlu melihat keputusan yang diperoleh anak mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara holistik dan bukan sekadar jumlah A yang diperolehi.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan tahun lalu berikutan mereka merupakah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
BACA: UPSR 2016: 'Kenapa jadi begini?'
"Format instrumen yang berbeza pada tahun ini banyak melatih murid kemahiran berfikir terutama terhadap soalan berbentuk struktur.
"Apabila format baru ini dilaksanakan, format pembelajaran dan pembelajaran perlu ditingkatkan terutama dalam subjek sains dan matematik dalam meningkatkan kuasa pemikiran pelajar," katanya pada sidang media di Sekolah Rendah (SK) Bukit Rahman Putra, di sini hari ini.
Beliau membuat lawatan ke sekolah berkenaan susulan kejayaan 11 murid sekolah itu yang mendapat 6A dalam UPSR 2016.
Bagi keputusan seluruh negara, seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A.
Jumlah pencapaian itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.
Turut hadir Guru Besar SK Bukit Rahman Putra, Aminah Said.
Hilal Azmi
Thu Nov 17 2016
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra bersama murid-murid yang mendapat 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2016 di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra hari ini. - Foto Bernama
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Tiada krisis dalam UMNO - Mahadzir Khalid
Mahadzir Khalid menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan segelintir pemimpin UMNO untuk terus menyokong Bersatu hanyalah pandangan masing-masing.
Kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap pendidikan memberangsangkan
Prasarana lengkap yang dibina oleh kerajaan di seluruh negara yang dilengkapi asrama juga antara faktor yang menarik minat kanak-kanak Orang Asli untuk ke sekolah.
Murid cemerlang UPSR 6A hidap kanser pergi menghadap Ilahi
Allahyarham Wan Adibah Farhanim yang menghidap kanser limfoma atau kelenjar darah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4 pagi tadi.
Murid hidap kanser usus catat 6A UPSR
Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, mengambil peperiksaan bersama lima lagi murid lain yang mendapat rawatan di hospital berkenaan September lalu.
"Lihat keputusan UPSR secara holistik" - Mahdzir
Ibu bapa perlu melihat keputusan yang diperoleh anak mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara holistik dan bukan sekadar jumlah A yang didapati.