Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan pembentangan kertas putih di Parlimen melibatkan laporan berhubung jumlah sumbangan cukai berdasarkan komposisi kaum dan bangsa seperti tular dalam media sosial.
LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) agensi itu, maklumat pembayar cukai dan data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum dan bangsa.
"Sehubungan itu, LHDN ingin menegaskan bahawa data yang ditularkan melalui media sosial tersebut adalah tidak benar dan bukan daripada sumber LHDN," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, data dan maklumat mengenai pembayar cukai yang direkodkan dalam sistem LHDN dikategorikan mengikut komponen pembayar cukai melibatkan cukai individu, syarikat, duti setem, cukai pegangan, cukai keuntungan harta tanah (CKHT), koperasi, cukai lain dan petroleum.
"Justeru, LHDN sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat dan sahih bagi mengelak kekeliruan serta salah faham demi kebaikan bersama," menurut kenyataan itu lagi.
Data dan maklumat mengenai pembayar cukai mengikut komponen boleh disemak dalam portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my (Laporan Tahunan LHDNM) dan juga siaran media Kementerian Kewangan di pautan https://www.treasury.gov.my/index.php/galeri-aktiviti/siaran-media/item/4835-siaran-media-pencapaian-kutipan-cukai-langsung-bagi-tahun-2018.html.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 1800-88-5436. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri, berdasarkan Prosedur Operasi Standard agensi itu, maklumat pembayar cukai dan data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum dan bangsa.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.

Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.

Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.

Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.

Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.

Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.

Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.